skip to main | skip to sidebar

About me

Unknown
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
Comments
    Atom
Comments

Archivo del blog

  • ► 2012 (26)
    • ► Dec (4)
    • ► Jun (1)
    • ► Apr (8)
    • ► Mar (8)
    • ► Feb (3)
    • ► Jan (2)
  • ▼ 2011 (126)
    • ► Dec (7)
    • ► Nov (30)
    • ► Oct (46)
    • ▼ Sep (29)
      • Menentukan Arah Utara Sebenarnya (Geografis) denga...
      • PUTUS CINTA : oleh kak fatimah syarha
      • Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui ja...
      • Doa ibu bapa sumber kekuatan batin, bentuk keperib...
      • 3 tingkatan sifat sabar
      • 3 tingkatan Taubat
      • 3 tingkatan Tawakal
      • 9 kemuliaan solat Tahajud
      • Tudung Labuh – Pengalaman menarik Fatimah Syarha m...
      • NIKMAT BERCINTA SETELAH BERKAHWIN
      • HATIKU MILIKMU Hasil Karya: FATIMAH SYARHA MOHD NO...
      • Menjadi Pendidik Idaman (Bagian 1)
      • 24 Peringatan Buat Wanita
      • Titipan Untuk Wanita
      • Cara-cara Melayan Suami
      • Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?
      • Petua Mencari Lelaki Yang Baik
      • Menjadi Pendidik Idaman (Bagian 2)
      • Pilihlah Nama Terbaik Untuk Buah Hati Anda
      • Waktu Pemberian Nama bagi Buah Hati
      • Tuntunan Pemberian Nama (Pendahuluan)
      • Tuntunan Pemberian Nama (Nama-Nama yang Disunnahkan)
      • Tuntunan Pemberian Nama (Nama-Nama yang Makruh)
      • Mendidik Anak Di Rumah
      • Menghadapi Cemburu Anak
      • Anak Tidak Percaya Diri
      • Pengaruh Kebaikan Dan Amal Shalih Orang Tua
      • Pembinaan Aqidah Untuk Buah Hati
      • Indahnya Cinta Karena Allah
    • ► Aug (14)

Followers

Powered by Blogger.

Translate



Feedjit

YANG TERBAIK..INSYAALLAH

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah s.a.w itu teladan yang baik bagi kamu."(QS.Al-Ahzab:21)

Monday, September 26, 2011

HATIKU MILIKMU Hasil Karya: FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Semakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,

Kusedar kini,

HATIKU MILIKMU

Biarpun jauh kularikan diri,
Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri…

Penulis:FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Editor:DR. SALBIAH SELIMAN


SINOPSIS

Umar Al-Mujahid keliru. Hatinya direntap dua cinta berbeza. Sukar untuknya menilai kerana hakikat kedua-dua cinta itu indah di matanya.

Antara cinta yang pasti dan tidak pasti, Umar Al-Mujahid akur pada situasi. Dia memilih cinta yang pasti berbalas daripada seorang gadis jelita. Kehadiran gadis itu benar-benar mengubat luka penantiannya. Dia tidak mahu lagi mengharap pada cinta yang tidak pasti daripada si dia yang dianggapnya tidak sudi. Umar sudah putus asa dengan cinta si dia. Namun, hatinya tak pernah mengerti. Bayangan si dia tetap juga menghantui.

Tatkala dunia cinta pilihannya dilalui, suara imannya berbicara. Antara dua cinta yang dicari bukanlah segalanya… Hatinya terkesima pada cinta Allah dan Rasul yang mengajaknya kembali kepada tarbiyyah dan da’wah yang pernah dilalui. Cinta tarbiyyah dan da’wah, cinta yang cuba diusir daripada hidupnya kerana terlalu kecewa dengan cinta si dia yang tak berbalas. Baginya, tarbiyyah dan da’wah lah orang ketiga yang merampas cintanya. Namun, tarbiyyah dan da’wah tak pernah kecewa merebut cintanya. Cinta perjuangan itu memburunya saban waktu dengan perantaraan teman-teman tercinta, terutamanya yang sama-sama menuntut di Sekolah Taman Islam. Rupa-rupanya, cinta Allahlah yang berkuntum segar di sebalik cinta tarbiyyah dan da’wah.

‘’Hatiku milik siapa?’’ Umar Al-Mujahid terus mencari. Dia mengalami konflik diri kerana kurang persiapan hati untuk menempuh ranjau dan duri di universiti. Akhirnya, suara iman memberikan jawapan.

Apakah dilema cinta yang dihadapi?
Apakah rahsia dia boleh berinteraksi dengan imannya?
Apakah kesudahan cinta Umar Al-Mujahid?
Kepada siapa akhirnya diserahkan hatinya?

Dan banyak lagi persolan yang tersimpul dalam episod hidup Umar Al-Mujahid. Rungkaian kepada persoalan-persoalan yang melingkari kisah ini akan membawa pembaca bertanya diri sendiri,

‘’Hatiku pula milik siapa?’’.
Posted by Unknown at 12:25 AM
Labels: cinta..(V)

0 comments:

Post a Comment

semoga ia memberi ilmu buat anda semua

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod