Friday, April 20, 2012
***HaLAwAtUl uKhWah***
UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...
Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.
Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....
sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."
Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..
sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.
Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)
sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..
Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat....
Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.
sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.
ukhuwah dapat diselami apabila kita:
"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)
"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."
"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"
"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"
"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."
sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..
Monday, November 21, 2011
Penindasan umat Islam 2
Penindasa global terhadap umat Islam
Penindasan ini berlaku seluruh dunia dan tajuk ini diperincikan di dalam:
Penindasan Di Chechnya
Penindasan Di Palestin
Penindasan Di Kashmir
Penindasan Di Turkestan Timur
Penindasan Di Bosnia, Kosovo Dan Macedonia
Penindasan Di Algeria
Penindasan Di Tunisia
Penindasan Di Eritrea - Ethiopia
Penindasan Di Chad
Penindasan Di Somalia
Penindasan Di Djibouti
Penindasan Di Sudan
Penindasan Di Uzbekistan
Penindasan Di Afghanistan
Penindasan Di Iraq
Penindasan Di Syria
Penindasan Ke Atas Umat Islam Minoriti
Kesimpulan terhadap segala penindasan ini
Era Kebangkitan Ummah; Zaman Keemasan
Di awal-awal bab buku ini, kita telah pun membincangkan tentang dunia Islam yang kucar-kacir dan konflik-konflik yang semakin meningkat. Kita telah lihat bagaimana rakyat yang tidak bersenjata berjuang untuk meneruskan kehidupan di celah-celah pertempuran bersenjata, penderitaan yang dialami di kem-kem pelarian, dan kesengsaraan yang dirasai oleh mereka yang dinafikan hak beragama. Para pembaca mungkin terkejut dengan kisah-kisah yang didedahkan ini. Seseorang yanga gagal berfikir sedalam-dalamnya mungkin akan melakukan kesilapan dengan menganggap adalah sesuatu yang sukar untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, dan juga menganggap apa sahaja yang dilakukan tidak akan membawa sebarang keputusan yang positif. Namun pada hakikatnya, ia berbeza sama sekali. Apa yang sedang berlaku adalah satu berita baik dan setiap inci perkara adalah satu tanda kedatangan zaman penuh rahmat yang pernah diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dengan kata lain ia adalah petanda kepada Akhir Zaman.
Segala Peristiwa di Tanah Umat Islam Adalah Petanda Akhir Zaman
Konsep "Akhir Zaman" mungkin agak asing bagi sesetengah orang. Jadi adalah penting di sini untuk menerangkan secara ringkas tentangnya. Menurut Islam, Akhir Zaman adalah satu zaman yang hampir dengan Hari Kiamat, iaitu satu waktu yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini. Keadaan persekitarannya akan dapat memuaskan hati semua pihak. Manusia hidup dengan aman dan selamat. Kemewahan, kekayaan dan keadilan akan menggantikan segala masalah yang pernah wujud dahulu. Segala masalah moral, penipuan dan kebejatan sosial akan lenyap. Ini adalah satu zaman yang meriangkan, yang telah dinanti buat sekian lama, apabila ajaran moral al-Quran mendominasi dunia.
Hadith (kata-kata) dari Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan segala perkara tentang peristiwa Akhir Zaman. Ramai ulama-ulama Islam terkenal yang telah memberikan kenyataan berharga tentang perkara ini. Ini semua menandakan bahawa pertama sekali dunia akan melalui zaman yang penuh bencana dan huru-hara, lalu diikuti dengan satu zaman yang mana manusia mengamalkan ajaran Islam sebenar, satu zaman yang dipenuhi kemewahan, satu zaman yang mana kebaikan teknologi dapat dinikmati dengan sebaik-baiknya, suatu zaman kemajuan saintifik dan perubatan, suatu zaman kesenian yang agung.
Pada zaman-zaman awal Akhir Zaman, berlaku kerosakan kerana wujud sistem-sistem falsafah yang cuba menafikan kewujudan Allah. Manusia lari dari tujuan sebenar penciptaan mereka, lalu membawa kepada keruntuhan spirituil dan psikologi. Bencana yang maha dahsyat, seperti peperangan, konflik dan kebuluran, akan berlaku satu demi satu. Manusia meratap berharap agar itu semua dijauhkan dari mereka. Perkara yang sama turut berlaku terhadap konflik-konflik yang terjadi di dunia Islam. Umat Islam yang cuba hidup bebas dengan mengamalkan Islam dan menurut segala rukun-rukunnya berhadapan dengan penindasan yang melampau-lampau. Wanita, kanak-kanak dan warga tua dibunuh dengan sekejam-kejamnya. Kuasa-kuasa anti-Islam yang melakukan keganasan ke atas umat Islam dan cuba menghalang penyatuan dunia Islam semakin meningkatkan lagi aras kezaliman mereka hari demi hari. Walaupun demikian, zaman penuh peperangan dan konflik ini tidak bertahan lama. Allah telah berjanji akan melepaskan manusia dari kekacauan Akhir Zaman dan membawa mereka kepada satu zaman yang lebih menggembirakan.
Zaman ini akan berlaku dengan kepulangan Nabi Isa a.s. Ini bermakna zaman kegelapan Islam akan pergi dan tibalah zaman kebangkitan ummah. Menurut hadith, zaman ini yang sebagai "zaman tanpa senjata," dan keamanan akan memerintah bumi ini. Beberapa hadith dari Nabi s.a.w. berkenaan dengan berita baik di zaman baru itu adalah seperti berikut:
...kedengkian dan saling membenci akan diangkat (hilang)... Bumi akan dipenuhi keamanan seperti mana sebuah bekas yang diisi dengan air. (Sunan Ibnu Majah)
Pertempuran akan meletakkan senjatanya (Sunan Ibnu Majah)
Seperti yang telah diberitahu oleh hadith tersebut, sewaktu Zaman Keemasan, wujud sebuah ikatan yang baik di antara masyarakat yang berbagai-bagai, terutama sekali mereka yang pernah berkonflik, dan persaudaraan serta kasih sayang akan menggantikan konflik yang pernah berlaku.
Umat Islam Pernah Menghadapi Kesukaran yang Sama Dahulu
Sepanjang buku ini kita telah melihat banyak penerangan-penerangan terperinci tentang penderitaan yang berlaku di negara-negara Islam, termasuk pengeboman hospital bersalin di Chechnya, pembunuhan kejam ke atas wanita hamil di Bosnia, dan pembunuhan ke atas kanak-kanak kecil yang dilakukan oleh askar-askar Israel di Palestin. Namun harus diingat bahawa contoh yang serupa malah lebih teruk lagi pernah dirasai oleh masyarakat Islam di zaman dahulu. Para pemerintah ateis atau pun pemimpin terkenal dari pelbagai bangsa telah mendera utusan-utusan yang dihantar kepada mereka dan juga masyarakat yang beriman. Mereka telah mengusir rakyat yang tidak bersenjata dari tanah air mereka dan terus menindas mereka. Salah satu contoh paling jelas ialah Firaun. Sewaktu Firaun menikmati hidup yang penuh mewah, pemerintah Mesir purba ini telah menyebabkan penderitaan ke atas umat Islam di waktu itu, dengan kata lain ke atas kaum Bani Israel. Allah telah menggambarkan penderitaan kaum Bani Israel di dalam al-Quran:
Dan (ingatlah) ketika Kami menyelamatkan kamu dari (Firaun) dan para pengikutnya; mereka mengenakan seksaan berat ke atas kamu, mereka menyembelih anak-anak lelakimu dan membiarkan anak-anak perempuanmu hidup. Dan pada yang demikian itu ada ujian-ujian yang besar dari Tuhanmu. (Al-Baqarah, 2:49)
Satu rahsia penting telah diberitahu menerusi ayat ini: Kekejaman Firaun adalah untuk menguji keimanan seseorang. Dengan cara yang sama, Allah mahu menguji umat Islam pada hari ini dengan kekejaman yang sama. Ujian-ujian ini memerlukan usaha umat Islam untuk mendapatkan keredaan Allah di dunia ini dan juga syurga-Nya yang penuh dengan segala nikmat di Hari Akhirat nanti. Kenikmatan yang tidak terbatas di syurga adalah sebagai balasan ke atas orang-orang beriman yang telah hidup di dalam dunia yang sementara ini. Banyak masyarakat Islam yang telah mengalami kepayahan serupa di zaman dahulu, dan ia diuji lagi ke atas umat Islam hari ini. Allah telah menerangkannya seperti berikut:
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum lagi datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya dengan orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah, 2:214)
Seperti yang kita dapat lihat menerusi ayat ini, orang-orang beriman akan sentiasa diuji oleh Allah dengan kesusahan dan masalah, namun Allah sentiasa memberikan bantuan. Di samping itu, seperti yang diterangkan oleh ayat tersebut, pertolongan itu pasti datang segera.
Apabila Moral Islam Menguasai Dunia, Kekejaman Akan Berakhir
Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang merujuk kepada dominasi Islam di serata dunia. Terdapat banyak persamaan di antara semua ini dengan apa yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang Zaman Keemasan. Memandangkan zaman ini tidak datang di zaman kita, jelaslah bahawa dominasi Islam yang meluas yang diceritakan di dalam al-Quran sebenarnya merujuk kepada Akhir Zaman yang diberitahu oleh Nabi s.a.w. Di sini adalah beberapa contoh berkenaan dengan kekuatan dan kekuasaan yang diberikan terhadap mereka yang mengikut ajaran-ajaran al-Quran:
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan Dia pasti akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada di dalam ketakutan, menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) ini maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nuur, 24:55)
Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang." Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (Al-Mujaadilah, 58:21)
Mereka mahu memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya. Dialah yang mengutuskan rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya di atas segala-segala agama meskipun orang-orang musyrik tidak menyukainya. (Ash Shaff, 61:8-9)
Juga telah menjadi ketetapan Allah, yang telah diterangkan di dalam Al-Quran, bahawa mereka yang benar-benar percaya bahawa tiada tuhan selain Allah akan mewarisi bumi ini:
Dan sungguh telah Kami tulis dalam kitab Zabur sesudah (Kami tulis) dalam Lauh Mahfuz, bahawa bumi ini diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh. (Al-Anbiyaa', 21:105)
Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) ke hadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku. Dan mereka memohon kemenangan (ke atas musuh-musuh mereka) dan binasalah orang-orang yang melakukan sesuka hati lagi keras kepala. (Ibrahim, 14:14-15)
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mencontohi (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak baginya). (Al-Anbiyaa', 21:18)
Kekayaan Yang Melimpah Ruah di Zaman Keemasan
Di samping kedamaian dan keselamatan, Zaman Keemasan juga adalah suatu zaman yang memiliki kekayaan yang melimpah ruah dari segi hasil keluaran dan barangan. Setiap insan akan menikmati lebih dari apa yang diingini, dan tidak wujud kelaparan dan kemiskinan. Orang-orang mukmin, dan mereka yang berusaha di jalan Allah, akan menerima segala kebaikan terhadap apa yang mereka usahakan, baik di dunia mahupun di akhirat. Kekayaan yang dapat dirasakan pada setiap masa adalah datang dari kemurahan Allah yang diberikan kepada mereka yang mengamalkan ajaran al-Quran. Segala amal kebaikan mereka akan dipulangkan dalam bentuk kekayaan yang melimpah-ruah. Di dalam satu ayat, Allah telah menggambarkan kemewahan yang akan dinikmati oleh orang-orang mukmin yang sedia mengorbankan harta benda mereka di jalan Allah:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada setiap bulir ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:261)
Banyak hadith-hadith yang menerangkan tentang masa tersebut yang mana kemewahan hasil keluarannya adalah tersangat banyak sehingga mereka tidak tahu hendak diberikan kepada siapa:
Sewaktu (zaman) itu, umatku akan hidup dengan selesa dan bebas yang tidak pernah mereka bayangkan. (Tanah) akan mengeluarkan hasil tanaman dan menumbuhkan apa sahaja dan harta benda ketika itu adalah melimpah-ruah. (Sunan Ibnu Majah)
....Penduduk langit dan bumi akan berasa gembira. Bumi akan menumbuhkan apa sahaja, dan langit akan menurunkan hujan dengan selebat-lebatnya. Daripada segala kebaikan yang Allah anugerahkan kepada penduduk bumi, yang hidup akan berharap agar yang mati dapat hidup semula. (Yanabi' al-mawadda, Jilid 2, halaman 177)
Bumi akan bertukar menjadi seperti dulang perak yang menumbuhkan sayur-sayuran...(Sunan Ibnu Majah)
Apabila ajaran al-Quran diamalkan, setiap lapisan masyarakat akan menikmati sebuah persekitaran yang adil, aman dan selamat. Kesannya, manusia akan berpaling dari kesalahan, kejahatan, penipuan dan maksiat. Hadith di bawah menerangkan tentang zaman yang penuh adil itu:
Bumi akan dipenuhi dengan kesaksamaan dan keadilan sepertimana ia pernah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. (Riwayat Abu Daud)
Hati-hati manusia akan dipenuhi dengan ketaatan, dan keadilan wujud di mana-mana. (Bihar al-anwar, Jilid 51, halaman 74)
Berita Baik Zaman Keemasan
Seperti yang telah diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, zaman tersebut akan menjadi seperti sebuah syurga mini. Ia adalah satu rahmat dari Allah kepada manusia yang beriman. Zaman ini yang dipenuhi dengan kemewahan dan keselesaan, yang dirindui oleh umat Islam, akan menjadi satu balasan yang indah di dunia ini kepada mereka yang mengikuti jalan Allah. Semestinya umat Islam yang menyebarkan berita baik ini akan mendapat kemuliaan.
Namun, tanggungjawab beralih dari satu tangan ke satu tangan bersama-sama dengan kemuliaan tersebut. Memandangkan inilah Akhir Zaman, maka semua umat Islam mesti menjadi lebih matang dan berazam untuk melancarkan peperangan-peperangan idea dengan cara yang lebih berkesan dalam menyampaikan berita ini. Situasi umat Islam yang menderita hari demi hari mengingatkan kepada kita tentang tanggungjawab yang harus kita sempurnakan. Adalah mustahil untuk berdiam diri sewaktu mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, yang tidak dapat melakukan banyak perkara, menjadi sasaran peluru-peluru liar pembunuh upahan. Kita juga tidak boleh berdiam diri apabila berjuta-juta manusia hidup dalam keadaan kelaparan dan kemiskinan di kem-kem pelarian dan juga sewaktu sebahagian besar umat Islam sedang didera dan dilayan seperti binatang.
Adalah salah untuk berkata, "Tiada apa yang dapat saya lakukan tentangnya." Harus diingat bahawa asas kepada kejahatan yang sedang menguasai dunia pada hari ini terletak pada ateisme, dan semua orang boleh melancarkan perang ideologi untuk menentangnya. Memberitahu manusia tentang kewujudan Allah, belajar untuk takutkan-Nya, ingatkan manusia apa yang akan berlaku di Hari Pengadilan nanti dan memberitahu manusia tentang tujuan penciptaan mereka di dunia ini, adalah di antara langkah-langkah penting yang boleh diambil bagi menghentikan segala kejahatan. Jika keadilan, tolong-menolong, kasih-sayang, cinta, semangat berkorban dan saling memaafkan dapat menguasai dunia ini, maka pastilah sebuah dunia yang aman, selamat dan adil akan dapat dikecapi. Itu semua tidak dapat dirasai melainkan semua manusia yang berkesedaran melakukan tindakan proaktif bersama-sama.
Setiap usaha yang dilakukan mesti bertujuan untuk menghapuskan kesan-kesan buruk fahaman ateisme dan seterusnya menggantikannya dengan sesuatu yang lebih positif. Pada masa yang sama juga, ia akan dapat membantu umat Islam hari ini. Perjuangan ini, yang bersandarkan kepada kedamaian, kompromi dan kasih-sayang, akan menyebabkan mereka yang memiliki kesedaran melakukan tindakan dan mencegah mereka yang tidak bersalah dari terus menderita. Allah telah menceritakan tentang akibat akhir perjuangan tersebut:
Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil, lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta-merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu kerana kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya). (Al-Anbiyaa', 21:18)
Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah di antara negara-negara yang sudah pun kita bincangkan tentang penderitaan yang mereka hadapi, kebanyakkan daripada mereka sebenarnya pernah menikmati satu zaman yang stabil dan aman suatu ketika dahulu, sewaktu berada di bawah panji pemerintahan Islam. Seperti yang telah lepas, umat Islam memainkan peranan penting dalam menubuhkan kedamaian dan keselamatan yang dirindui oleh manusia sejagat. Zaman yang berikutnya akan menjadi satu kesedaran besar kepada seluruh umat manusia.
Dengan izin Allah, zaman kebangkitan ummah yang ditunggu-tunggu selama ini sedang berada di dalam genggaman.
Penindasan umat Islam
Manusia seolah-olah sudah lali dengan perkara-perkara yang sering mereka temui setiap hari. Apabila manusia pertama kali mendengar sesuatu berita tentang kekejaman yang berlaku, mereka menjadi begitu prihatin. Namun demikian, keprihatinan mereka itu hanya menjadi suatu perkara rutin tidak berapa lama `kemudian.
Peperangan dan konflik yang berlaku di dalam dunia yang sedang kita diami ini adalah kes yang paling jelas dan nyata. Apabila sesebuah negara dijajah dan kemudian proses penyembelihan dan genosid (Pent: Tiada terjemahan tepat untuk perkataan genosid, maka istilah ini dikekalkan. Genosid bermaksud pembunuhan seluruh bangsa atau kaum yang tertentu) bermula, kita akan dapat melihat banyak protes-protes anti-kekejaman yang diadakan di seluruh pelusuk dunia. Sebagai contoh, mari kita merenung semula detik-detik pertama tercetusnya konflik di Bosnia, ataupun Chechnya, ataupun Palestin... Imej seorang kanak-kanak Palestin yang berada di riba ayahnya yang tidak lama selepas itu menjadi sasaran peluru askar-askar Israel, bayi-bayi Chechen yang dibunuh ketika mereka sedang lena diulit mimpi, wanita, golongan tua dan kanak-kanak yang menjadi mangsa genosid yang sangat mengerikan di Bosnia... Apabila manusia pertama kali melihat imej-imej kekejaman tersebut, mereka sering meluahkan perasaan marah dan berkata mahu melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, laporan-laporan kekejaman yang bertali-arus, yang tidak pernah putus-putus itu, akhirnya tidak berupaya untuk menarik perhatian mereka lagi. Semakin ramai manusia yang mati setiap hari, wanita-wanita dicabul kehormatannya, kanak-kanak sewenang-wenangnya ditembak atau kehilangan kaki setelah terpijak periuk api... Walau bagaimanapun, reaksi masyarakat ketika awal-awal konflik dan peperangan, akhirnya telah digantikan dengan sikap acuh tak acuh dan tidak ambil kisah. Apabila mereka membeli suratkhabar, mereka lebih suka membaca gosip-gosip artis berbanding berita-berita peperangan. Oleh sebab itulah, kematian manusia yang berlaku di Palestin, Chechnya, Kashmir ataupun Timur Turkistan hanya sekadar menjadi suatu "berita rutin."
Tambahan pula, propaganda-propaganda yang dicipta telah menggambarkan kebuasan-kebuasan manusia itu sebagai suatu perkembangan politik sahaja. Akibatnya, pembunuhan berterusan di Chechnya hanya dianggap sebagai urusan sulit pihak Rusia, apa yang berlaku di Palestin hanyalah suatu perjuangan untuk mendapatkan tanah di antara orang-orang Israel dan Palestin, dan penekanan puak Hindu ke atas penduduk Kashmir sebagai masalah yang berpunca daripada posisi strategik wilayah itu. Memang benar bahawa faktor sejarah dan ekonomi memainkan peranan penting yang mencetuskan konflik-konflik tersebut. Chechnya mempunyai kepentingan ekonomi dan strategi yang penting kepada Rusia. Orang-orang Yahudi yang fanatik terus berniat untuk menawan Jerusalem dan kawasan-kawasan pendudukan Palestin yang lain sejak berabad-abad lamanya. Namun demikian, faktor-faktor dalaman dan ekonomi bukanlah satu-satunya penyebab kepada tekanan yang dikenakan kepada orang-orang Chechen oleh pihak komunis Rusia, ataupun kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam di Afrika, ataupun keganasan dan proses pembersihan etnik yang dideritai oleh umat Islam di rantau Balkan yang dilakukan di hadapan mata penduduk dunia. Di dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan dapat melihat bahawa konflik-konflik yang tercetus itu adalah disebabkan identiti umat Islam itu sendiri.
Mereka dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk penindasan kerana mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah dan mahu hidup dengan berlandaskan Islam, dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang-orang yang beriman juga. Kewujudan negara-negara kuat yang mementingkan nilai-nilai spirituil atau sebuah liga Islam yang kuat yang akan melindungi hak-hak umat Islam seadil-adilnya, telah menimbulkan ketakutan kepada golongan-golongan tertentu di Barat dan juga telah menimbulkan ancaman terhadap kepentingan pihak-pihak tertentu.
Aspek lain tentang hal ini ialah terdapat sesetengah manusia yang tidak mengetahui apa-apa pun tentang masyarakat yang hidup di negara-negara tersebut, dan malah tidak pernah mendengar sama sekali nama negara-negara itu. Situasi bagi seseorang yang tidak memiliki sebarang idea tentang kepayahan, penindasan, kekejaman, kebuluran, dan kemiskinan yang dideritai oleh umat Islam Sudan, Algeria, Indonesia, Myanmar, Djibouti dan Tunisia sebenarnya memerlukan suatu "makanan" untuk mengisi minda mereka. Ada juga segelintir manusia yang menyedari kekejaman dan ketidakadilan tersebut. Namun dia tidak mencuba untuk menghulurkan sebarang bantuan ataupun berusaha untuk menghentikan penindasan tersebut. Tambahan lagi, mereka sungguh yakin bahawa mereka tidak dapat melakukan apa-apa, malah laporan-laporan yang dibaca dan imej-imej kekejaman yang dilihat menerusi televisyen tidak dapat menyedarkan mereka walaupun sedikit.
Seseorang yang benar-benar beriman, walau bagaimanapun,bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang mereka lihat dan dengar. Allah menyeru umat Islam di dalam Al-Quran:
Mengapa kamu enggan berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang semuanya berdoa: "Ya Tuhan kami. Keluarkanlah kami dari negeri ini yang mempunyai penduduk yang zalim, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu. Dan berilah kami penolong dari sisi-Mu." (An-Nisaa', 75)
Sudah tiada sebab lagi bagi orang-orang yang memiliki kesedaran, yang patuh kepada arahan yang terkandung di dalam ayat di atas untuk terus menutup mata dan tidak mengendahkan apa yang sedang berlaku. Adalah sesuatu yang mustahil untuk umat Islam tidur dengan nyenyak di atas katil tanpa wujud sebarang perasaan tanggungjawab di hati mereka, membazirkan masa mereka, dan hanya memikirkan tentang kepentingan dan keseronokkan dirinya sahaja sewaktu kekejaman yang melampau-lampau sedang berlaku di seluruh dunia. Ini kerana orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kunci asas untuk menyelesaikan masalah peperangan yang berat sebelah, pembunuhan beramai-ramai, kekejaman, kebuluran, dan kebejatan masalah sosial, atau dengan ringkas segala masalah yang ada di dunia ini, adalah dengan menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran. Pengetahuan tentang perkara tersebut telah meletakkan suatu tanggungjawab besar di atas bahu mereka: iaitu menerangkan tentang ajaran Islam dan keindahan-keindahan yang dibawa olehnya, menyebarkan ajaran moral yang terkandung di dalam al-Quran, dan melancarkan peperangan ideologi kepada golongan ateis... (Pent: iaitu golongan yang tidak percaya kepada kewujudan Tuhan)
Sesiapa yang mengambil tugas mulia tersebut akan dapat membebaskan semua insan yang hidup di bawah penindasan dengan bantuan petunjuk al-Quran:
...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus. (Al-Maaidah, 15-16)
Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk mendedahkan penderitaan umat Islam yang tidak berdosa di serata dunia, dan juga untuk menyeru mereka yang berkesedaran untuk memikirkan tentang situasi tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaiannya. Ini bukan masanya untuk kekal membisu, bersifat tidak kisah, mengejar kesenangan kecil dunia ini, dan membuang masa dengan perdebatan dan pertengkaran yang sia-sia. Ketika berjuta-juta umat Islam menderita disebabkan oleh kekejaman dahsyat tersebut, kita adalah manusia yang tersangat-sangat mementingkan diri sendiri jika enggan memikul sebarang tanggungjawab untuk menegakkan agama Islam. Tidak menjadi satu keraguan bahawa perbuatan tersebut hanya menyebabkan kita menerima akibat yang pedih di akhirat nanti.
Musuh-musuh Dunia Islam
Perikatan anti-Islam berhadapan dengan umat Islam
Bab-bab yang berikutnya akan mengkaji dunia Islam negara demi negara, dan akan mendedahkan penindasan dan kekejaman yang dikenakan kepada umat Islam. Walau bagaimanapun, sebelum itu, kita mesti melihat punca-punca serangan yang dilancarkan kepada dunia Islam.
Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam terdiri daripada negara-negara yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Ia bermula dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah ke Indonesia di Timur. Majoriti terbesar, dalam 1 bilion, yang mendiami kawasan tersebut beragama Islam. Sejak lebih 200 tahun, mereka telah berhadapan dengan pelbagai jenis serangan, penindasan, dan keganasan malah pernah dibunuh beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam. Ini disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup di bawah rejim bukan Islam yang bencikan Islam.
Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang berlainan. Orang-orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang-orang Rusia di Kaukasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi. Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama.
Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis. Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.
Kolonialisme dan Kebencian Terhadap Islam
Bangsa-bangsa kolonialis seperti Britain, Perancis dan Itali telah melakukan penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka jajah, dan juga turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan kawasan-kawasan sekitarnya. Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab, dan Afrika Utara.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang. Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah pemerintahan British dan Rusia. Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas. Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali. Dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam.
Kesemuanya merupakan kuasa kolonial dunia ini. Pada tahun 1920-an, Rusia dan Itali menyertai negara-negara kolonial tradisi seperti Britain dan Perancis. Negara-negara tersebut telah menjajah dan menguasai dunia Islam. Mereka tidak teragak-agak untuk melakukan penyeksaan kejam dan kezaliman ke atas populasi umat Islam yang berada di bawah pemerintahannya. Britain dan Perancis "mentadbir" umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet Rusia mengambil alih Kaukasus dan Asia Tengah, dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia) pada tahun 1930-an.
Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi peperangan. Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif, dan lebih dahsyat: Israel.
Apabila kita melihat gambar yang mana gambaran kasar tentangnya telahpun dirumuskan, kita dapat melihat dengan jelas bahawa dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa asing sejak permulaan abad kesembilan belas lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini. Tambahan lagi, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh dalam selimut" kepada masyarakat Islam.
Dasar Ideologi-ideologi Permusuhan Terhadap Islam
Apabila kita menganalisis musuh-musuh dunia Islam, kita akan berjumpa dengan tiga idea-idea asas:
1. Imperialisme Barat: Sebagai contoh, kolonialisme British dan Perancis seperti yang telah diterangkan di atas.
2. Ekstrem-fasisme nasionalisme: Fasisme Itali, Israel, dan kumpulan-kumpulan profasis yang menyebabkan tercetusnya perang-perang saudara di dalam dunia Islam.
3. Komunisme: Kesatuan Soviet, China, Kemboja di bawah pemerintahan Khmer Rouge, komunis di Afghanistan dan pelbagai lagi kumpulan komunis di Timur Tengah.
Kajian yang lebih mendalam mendedahkan bahawa ketiga-tiga idea tersebut muncul pada abad kesembilan belas, dan berkembang pada abad kedua puluh. Nasionalisme ekstrem dan fasisme yang muncul daripada kebangkitan idea-idea tersebut merupakan ideologi-ideologi yang terbit secara menyeluruh pada abad kesembilan belas, dan mula dipraktikkan dengan meluas pada abad kedua puluh. Komunisme bermula daripada teori materialisme dialektikal yang diperkenalkan oleh Marx dan Engels pada abad kesembilan belas, walaupun regim komunis yang pertama masih belum ditubuhkan sehingga tahun 1917, di Rusia.
Seseorang boleh berkata bahawa hanya kolonialisme Barat yang bermula sejak awal-awal abad, walaupun kemudian ia dirangkumi oleh inisiatif ekonomi yang terbatas dan kemudian sekali lagi mendominasi posisi global dengan menggunakan asas-asas falsafah dan ideologinya pada abad kesembilan belas.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa musuh dunia Islam yang sebenarnya bukanlah sebuah kesatuan ataupun peradaban (misalnya peradaban Barat), tetapi adalah "ideologi-ideologi" yang telah menukarkan kesatuan-kesatuan atau peradaban-peradaban tersebut kepada penindas-penindas yang hauskan darah. Ideologi-ideologi ini telah mendominasi sebahagian besar dunia pada abad kesembilan belas, dan telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja ia pergi. Sebenarnya ideologi-ideologi inilah yang menjajah, membahagi, merompak, memperhamba, dan menyembelih umat Islam sedunia.
Kekejaman Berterusan Selama 200 Tahun Di Dalam Dunia Islam
Selama lebih dari setengah abad, umat Islam Palestin telah diusir dari kediaman mereka tanpa sebab, ditembak, dan dilakukan penderaan dan kekejaman. Namun seluruh dunia diam membisu dalam menghadapi kuasa penjajah: Israel.
Tiada bangsa atau masyarakat tertentu yang menjadi musuh dunia Islam secara khusus, tetapi ia lebih kepada sebuah “ideologi” yang telah menukar bangsa dan masyarakat tersebut menjadi penindas. Ideologi-ideologi ini mula mendominasi dunia secara meluas pada abad ke-19, dan ke mana sahaja ia pergi, pasti wujud senario kekejaman dan kezaliman dalam abad ke-20.
Apabila kita memerhatikan ketiga-tiga ideologi ini, kita dapat melihat di sebalik segala apa yang berlaku ialah peningkatan kepercayaan ateisme di Barat. Setiap daripada mereka muncul apabila dunia Barat sudah tidak mahu lagi percaya kepada Tuhan dan agama, dan mula menerima fahaman golongan materialis sebagai cara hidup mereka.
Satu kebenaran penting yang mengesahkan hakikat ini ialah ketiga-tiga ideologi ini telah diasaskan daripada teori evolusi Darwin, yang mana menggambarkan "asas saintifik ateisme" dan yang mana buat julung-julung kalinya falsafah ateis telah menjadi satu "kebenaran saintifik."
Hubungan di Antara Darwinisme, Kolonialisme dan Fasisme
Konsep pergelutan untuk terus hidup oleh Darwin telah menjadi sumber inspirasi penting kepada fahaman rasisme (perkauman), komunisme dan fasisme, termasuk juga imperialisme.
Darwinisme kononnya dipanggil asas saintifik kepada kolonialisme. Ini kerana Darwin telah meletakkan bangsa manusia di dalam kelas yang berbeza-beza di dalam proses evolusi khayalannya itu. Beliau menganggap bangsa kulit putih Eropah merupakan bangsa yang paling maju, dan menggambarkan bangsa Asia dan puak Afrika sebagai makhluk yang setaraf dengan beruk. Di samping itu, beliau turut mencadangkan bahawa semua manusia berada di dalam konflik yang tetap dan sentiasa bertarung untuk terus hidup, dan beliau mengatakan itulah "hukum alam" yang mana Barat harus memenangi pertarungan ini dan memperhambakan bangsa-bangsa yang lain. Di dalam bukunya, The Origin of Species, beliau telah menulis:
Suatu hari nanti di masa hadapan, tidak berapa jauh sahaja lagi jika diukur secara abad, bangsa-bangsa manusia yang bertamadun pasti akan menghapuskan dan menggantikan bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama juga, beruk anthropomorphous (seperti-manusia)... tanpa ragu lagi akan dihapuskan. Jurang di antara manusia dan kumpulan terdekatnya akan menjadi lebih luas lagi, yang mana ia (pent: iaitu kumpulan terdekat) akan mengganggu keadaan yang lebih bertamadun, sepert yang kita mungkin harap, malahan juga daripada Kaukasia, dan serendah-rendah beruk seperti babun, sebagai ganti sekarang di antara negro ataupun penduduk Australia dan gorila.1
Darwin membuat kesimpulan yang menarik ini dengan menggunakan konsep "perjuangan untuk terus hidup" (struggle for survival). Berdasarkan kepada dakwaan ini, yang lemah akan disingkirkan dalam perjuangan untuk terus hidup, manakala yang kuat dan lebih sesuai akan terselamat. Di samping itu, beliau mempertahankan dakwaannya dengan mengatakan proses tersebut amat penting untuk kemajuan universal, dengan kata lain penghapusan bangsa-bangsa tertentu merupakan suatu proses yang membolehkan manusia lebih maju dan melangkah lebih jauh ke hadapan.
Idea tidak saintifik yang dikenali sebagai "Sosial Darwinisme" (Social Darwinism) ini, telah diterima dengan meluas dalam dunia sains yang masih primitif ketika itu dan ia telah menjadi sumber justifikasi asas kepada kolonialisme Eropah.
Sosial Darwinisme menjadi sumber inspirasi pembentukan ekstrem nasionalisme, fasisme dan juga imperialisme. Kesemua ahli-ahli teori abad kesembilan belas yang dikenali sebagai para pengasas fahaman fasisme (seperti Friedrich Nietzsche, Heinrich von Treitschke, Francis Galton, dan Ernst Haeckel) telah dipengaruhi hebat oleh teori evolusi Darwin, terutama sekali tentang konsep "perjuangan untuk terus hidup." Mussolini, seorang diktator Itali yang telah mengasaskan rejim fasis yang pertama, merupakan ahli Darwin yang begitu setia pada zaman mudanya dan sering mengagungkan Darwin di dalam artikel-artikel yang ditulisnya. Adalah sesuatu yang jelas di dalam penulisan-penulisan Hitler dan tokoh-tokoh penting Nazi, yang menunjukkan bahawa mereka juga telah mendapat inspirasi daripada Sosial Darwinisme. (Untuk maklumat lanjut, rujuk karya Harun Yahya, Fascism: Darwinism's Bloody Ideology, Istanbul, Vural Yayincilik, 2001)
Kebencian Ideologi-ideologi Komunis Terhadap Islam
Darwinisme turut menjadi asas kepada komunisme. Ia telah dijelaskan oleh pengasasnya yang pertama, Karl Marx dan Friedrich Engels. Kedua-duanya merupakan ateis, yang melihat penghapusan kepercayaan beragama merupakan sesuatu yang amat penting kepada komunisme, dan kedua-duanya memahami sejelas-jelasnya bahawa teori evolusi dapat membantu mereka mencapai hasrat yang diidam-idamkan.
Tidak berapa lama selepas buku Darwin diterbitkan, Engels menulis surat kepada Marx yang berbunyi: "Buku Darwin yang sedang saya baca ini amat bagus sekali."2 Pada 19 Disember 1860, Marx membalas, "Inilah buku yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk rujukan kita."3 Di dalam suratnya yang lain kepada seorang lagi rakan sosialis, Lassalle, yang bertarikh 16 Januari 1861, Marx menulis, "Hasil kerja Darwin adalah sangat penting dan memenuhi niat saya yang mana ia menyediakan asas kepada sains tulen untuk perjuangan kelas yang bersejarah,"4 maka dengan itu telah mendedahkan betapa pentingnya teori evolusi kepada komunisme.
Para diktator seperti Lenin, Trotsky, Stalin dan Mao Tse-tung telah memberikan komen mereka tentang komunisme, yang mana ia menunjukkan suatu hubungan ideologi kepada idea Darwin. Teori evolusi dijadikan asas pendidikan dan polisi pertanian di bawah rejim komunis. Semua pergerakan komunis menemui asas ideologi dan justifikasi apabila mereka melihat fahaman Darwinisme.
Bagi ideologi komunis yang begitu terpengaruh dengan Darwinisme, masyarakat hanyalah "sekumpulan haiwan." Manusia adalah tidak bernyawa, makhluk yang dungu, "mesin manusia-haiwan", dan tidak berguna. Hukum "Ada banyak kumpulan haiwan, jadi tidak mengapa jika satu hilang" telah menjadi asas pemerintahan. Mereka yang cacat dan tidak berupaya berkerja akan disingkirkan daripada kumpulan tersebut dan akan dibiarkan mati. Mereka dilihat sebagai sesuatu yang sakit dan berbahaya. Tidak wujud langsung sebarang perasaan kasih-sayang, belas kasihan, dan kesetiaan. Memandangkan mereka percaya tiada kehidupan selepas kematian, maka mereka hidup dengan menggunakan seluruh kuasa yang dimiliki. Memandangkan semua orang adalah musuh dan pesaing di dalam pergelutan untuk terus hidup, maka segala tindak-tanduk dilakukan untuk menentang mereka, dan kebencian menjadi satu perkara lumrah.
Adalah sesuatu yang semulajadi bagi ideologi komunis, yang mewujudkan suatu masyarakat tanpa semangat moral, sprituil dan juga kemanusiaan, turut memusuhi agama. Sifat-sifat mulia seperti nilai-nilai moral, cinta, sayang, belas kasihan, sanggup berkorban, berkerjasama dan saling bermaafan tidak mendapat sebarang tempat di dalam model yang diwujudkan komunisme. Apabila seseorang membaca tulisan-tulisan Marx, Engels, Lenin, Stalin, Trotsky, Mao dan para pendukung ideologi komunis yang lain, mereka akan dapat melihat kebenaran hakikat tersebut. Marx menggambarkan agama sebagai "candu masyarakat" dan juga sebagai budaya yang dibentuk oleh kelas pemerintah yang hanya melenakan orang-orang miskin. Oleh itu, beliau mencadangkan agar sebarang kepercayaan beragama dihapuskan jika komunisme mahu bertapak dengan kukuhnya.
Di dalam artikel Lenin yang bertajuk "Socialism and Religion" (Sosialisme dan Agama), yang diterbitkan pada 1905 di dalam sebuah majalah berbahasa Rusia Novaya Zhizn, beliau menggambarkan agama sebagai "kabus" yang harus dihapuskan, dan juga turut menyusun propaganda komunis yang akan dilaksanakan. Di dalam "The Attitude of the Workers' Party to Religion" (Sikap Parti Buruh Terhadap Agama) yang diterbitkan di dalam majalah Proletary pada tahun 1909, beliau sebagai pemimpin Parti Demokratik Sosial Rusia (yang kemudiannya dikenal sebagai Parti Komunis) telah menulis:
Asas kepada falsafah Marxisme, seperti Marx dan Engels berulang-kali isytiharkan, ialah dialektikal materialisme, yang telah mengambil alih sepenuhnya tradisi bersejarah materialisme abad kelapan belas di Perancis dan juga materialisme Feuerbach (separuh masa pertama abad kesembilan belas) di Jerman yang mana ia merupakan ateis mutlak dan memusuhi semua agama dengan hebatnya. "Agama adalah candu masyarakat." Pernyataan rasmi oleh Marx ini telah menjadi batu asas kepada pandangan ahli-ahli Marxis terhadap agama. 5
Kenyataan tersebut menunjukkan permusuhan Marx terhadap semua agama, dan juga telah mendedahkan kejahilannya tentang perkara tersebut. Kenyataan-kenyataan tersebut tidak mencerminkan kebenaran hakiki. Komunisme dan ideologi-ideologi ateis yang lain menyebabkan manusia tidak dapat berfikir, dan melakukan apa sahaja yang diarahkan tanpa banyak soal. Adalah sesuatu yang jelas bahawa manusia yang tidak pernah berfikir tidak akan mencapai hakikat kebenaran, dan seterusnya menjadikan hidup mereka penuh dengan tipuan dan kesalahan. Dengan berfikir, manusia dapat memahami tujuan dunia ini diciptakan, dan juga sebab kewujudan diri mereka sendiri. Kebenaran ini telah dijelaskan di dalam al-Quran:
Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada antara keduanya dengan tujuan main-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan hak (kebenaran), tetapi majoriti mereka tidak mengetahui. (Ad-Dukhan, 38-39)
Penindasan komunis masih terus berlaku
Kuasa-kuasa komunis menyebabkan umat Islam terus menderita dengan menyerang mereka yang tidak bersenjata: baik lelaki, wanita, kanak-kanak, bayi di ribaan.
Mengikut pandangan ideologi komunis, yang dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin, masyarakat hanyalah “sekumpulan haiwan.” Manusia adalah sebuah jentera industri yang tidak bernyawa, yang terletak di antara makhluk manusia, haiwan dan juga mesin. Kekejaman di Chechnya telah dilakukan oleh Rusia – yang masih diperintah oleh bekas komunis – adalah bukti berlakunya amalan sistem tersebut.
Oleh itu, setiap individu harus memikirkan pertama sekali tentang tujuan penciptaannya, dan kemudian tentang makhluk atau jasad yang dilihat di alam ini dan juga yang akan dijumpai sepanjang kehidupan mereka. Seseorang yang gagal berfikir hanya akan dapat memahami kebenarannya setelah dia mati, di hadapan Allah, tetapi ketika itu segalanya sudah terlewat. Berfikirlah sementara kita masih punya masa, dan kemudian buatlah kesimpulan. Ia pasti akan memberikan faedah kepada kita di Hari Akhirat nanti. Itulah sebabnya Allah menyeru manusia, dengan menggunakan utusan-utusan dan juga kitab-kitab-Nya, untuk berfikir tentang tujuan penciptaannya dan seluruh alam semesta ini:
Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan untuk waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya ramai manusia yang ingkar tentang pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)
Namun demikian, musuh-musuh agama seperti para pemimpin komunis, telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang menyebabkan ramai manusia berpaling dari agama, sehingga mendakwa agama menghalang manusia dari berfikir. Namun seperti yang telah kita lihat, agama sebenarnya mengajak manusia untuk berfikir.
Kesimpulan
Secara ringkas, telah jelas bahawa ketiga-tiga ideologi yang memusuhi dunia Islam itu telah berakar-umbi dari budaya ateis yang telah menguasai dunia Barat pada kurun kesembilan belas.
Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya perang intelektual dilakukan untuk menentang segala fahaman ateisme, yang mana ia bukan sahaja suatu kuasa yang cuba membinasakan kehidupan manusia di Akhirat dengan menghapuskan kepercayaan beragama. Sebaliknya ia juga, pada masa yang sama, turut bertujuan untuk memusnahkan dunia ini, menukarkannya menjadi sebuah tempat yang dipenuhi kekacauan dan peperangan, dan ia melihat umat Islam sebagai sasaran utama.
Inilah sebabnya mengapa perang intelektual adalah baik kerana ia suatu tindakan untuk meningkatkan keimanan dan juga sebagai satu "perang moral" menentang "korupsi" yang sedang menguasai bumi ini. Kewujudan ramai umat Islam yang sedang ditindas oleh sistem ateis di seluruh dunia telah menyedarkan kita betapa pentingnya perjuangan tersebut. Setiap kejayaan ideologi menentang ateisme (dan juga falsafah-falsafah, ideologi-ideologi dan yang kononnya merupakan teori saintifik seperti Darwinisme yang bersandarkan kepada dasar-dasar ateis) juga merupakan kejayaan moral yang dapat membantu umat Islam yang sedang ditindas di seluruh dunia.
TVS sedia siar debat Rafizi-Khairy
| | |
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR 21 Nov: TV Selangor (TVS) akan menyiarkan siaran secara langsung menerusi sesawangnya sekiranya program debat yang membabitkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menjadi kenyataan. Ketua Pengarang TVS, Sheridan Mahavera dipetik berkata, TVS tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyiarkan siaran secara langsung memandangkan kebanyakan saluran tv milik kerajaan tidak berminat untuk mengadakannya, lapor KeadilanDaily. “TVS mempunyai krew dan peralatan yang lengkap untuk menyiarkan siaran secara langsung dan selama ini pun banyak siaran secara langsung berhubung pelbagai ‘event’ termasuk ceramah dan konvensyen telah dilakukan dengan jayanya,” jelas Sheridan lapor TVS. TVS dapat dilayari melalui www:tvsnews.net. Pada 18 November lalu, PKR menghantar surat undangan rasmi kepada Khairy untuk berdebat berhubung dakwaan skandal projek lembu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd. Meskipun isu itu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya Khairy kelihatan ghairah membela Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu. Khairy ada memaklumkan kesediaan bertemu Rafizi tetapi memberi alasan tidak mempunyai masa berikutan terikat dengan acara Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini. Sebelum ini, PKR mendedahkan NFC yang dimiliki keluarga Shahrizat Jalil membeli sebuah kondominum mewah bernilai RM9.8 juta. NFC membuat empat transaksi pindahan wang dari akaun semasanya di sebuah bank tempatan cawangan Tun Dr Ismail kepada sebuah pemaju hartanah terkemuka 2 Disember 2009. Rafizi dalam surat undangan tersebut mencadangkan debat itu diadakan pada 12 Disember ini. |
Mesir: PAS gesa PM tuntut sidang tergempar OIC
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendesak kerajaan Malaysia segera membuat tuntutan supaya Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) memanggil sidang tergempar ekoran angka kematian terus meningkat ketika pihak berkuasa Mesir menggempur penunjuk perasaan di Dataran Tahrir. |
Tahniah Harimau Malaya, persahabatan terjalin baik
| Harakahdaily | |
| KUALA LUMPUR, 22 Nov: PAS mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara bawah 23 tahun yang mempertahankan pingat emas dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 di Jakarta, malam tadi. Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kejayaan itu mengulangi kejayaan-kejayaan lepas. Menurutnya, mutu permainan, semangat berpasukan dan motivasi yang cukup membolehkan skuad Harimau Malaya mendapat kemenangan. “Kita berharap prestasi ini dapat dipertingkatkan di masa hadapan bagi melayakkan Malaysia menyertai perlawanan di peringkat lebih tinggi. “Tahniah juga kepada pasukan negara jiran Indonesia yang mendapat tempat kedua (pingat perak) dengan harapan persahabatan kita akan terus terjalin baik di masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan. Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian. |
Wednesday, November 16, 2011
Mesyuarat BN: P’raya atau rombakan kabinet?
Posted on the November 15th, 2011 under Politik by admin
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat spekulasi bahawa rombakan kabinet akan diadakan, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bermesyuarat dengan ketua-ketua parti komponen malam ini.
Lim, yang juga setiausaha agung DAP, menyifatkan mesyuarat yang dijadualkan malam ini sebagai “menarik” dan mengandaikan salah satu daripada dua perkara yang dijangkakannya itu.
“Ia mungkin pembubaran Dewan Rakyat, tetapi kemungkinannya kecil. Tetapi ada satu lagi sebab, yang kebanyakan orang tidak jangkakan – rombakan kabinet,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.
Jika ia mengenai rombakan kabinet, Lim berkata persoalan yang akan timbul adalah sama ada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kekal memandangkan kemelut projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarganya.
“Adakah beliau (Shahrizat) akan digugurkan? Daripada menternak lembu di ladang, beliau mahu ternak lembu di sebuah kondominium,” sindir Lim.
Sebelum ini, pemimpin BN menuntut perletakan jawatan Shahrizat. Ia termasuk Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab patut meletakkan jawatan.
Malaysiakini
Tuesday, November 15, 2011
Dakwat kekal: Pakatan akan sokong pindaan perlembagaan
| Muhammad Faizal |
| KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan komitmen akan memberi sokongan penuh kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan dakwat kekal digunakan pada pilihan raya umum nanti. "Bagi memastikan pindaan tersebut dapat dilakukan, kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat bersetuju memberi sokongan jika ia memerlukan undi 2/3 di dalam Dewan Rakyat," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini. Menurut beliau, dengan komitmen yang dizahirkan Pakatan Rakyat itu, beliau mahu kerajaan terus berdolak dalih lagi dalam menyegerakan hal tersebut untuk dibawa ke parlimen. Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara menggemukakan draf berhubung pindaan perlembaagaan itu agar dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini. "Sebelum ini kenyataan Peguam Negara mengatakan penggunaan dakwat kekal hanya dapat dilakukan jika ada pindaan dalam Perlembagaan walaupun secara umum ramai pengamal media tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. "Walaupun apa jua kenyataan kita tetap mengganggap ia sebagai elak atau dalih Peguam Negara untuk melambatkan proses ini. Saya ingin nyatakan Majlis Pakatan Rakyat bersedia terima kenyataan tersebut dengan syarat ia dilakukan segera," jelasnya merujuk kepada kenyataan Peguam Negara pada tahun 2008. Turut serta pada sidang media itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan kanan parti masing-masing. Sebelum ini penggunaan dakwat kekal telah dituntut oleh pembangkang sebelum pilihanraya umum 2008 lagi dan ia juga merupakan salah satu dari lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0 sebelum ini. Rapat umum PR Sementara itu Anwar juga memberitahu bagi menjalinkan hubungan baik antara rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat satu Himpunan Rapat Umum Pakatan akan diadakan pada 4 Disember nanti di Stadium Melawati Shah Alam. "Kita akan lancarkan satu program pada 4 Disember oleh pimpinan Pakatan Rakyat di Stadium Melawati," jelas Anwar. Dalam pada itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menjelaskan program yang dijadualkan pada 4 Disember itu adalah untuk mewujudkan suasana mesra rakyat dengan pemimpin Pakatan Rakyat. "Selain himpunan tersebut kita juga telah berbincang dengan Sekteriat Pakatan Rakyat agar menyusun jadual di setiap peringkat negeri untuk kita membawa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat turun ke bawah," jelasnya Mahfuz juga menjelaskan ia bukan sahaja melibatkan ceramah-ceramah umum tetapi juga mendekati rakyat secara terus untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka di seluruh negara. |
Monday, November 14, 2011
Mengapa Kita Harus Bersyukur?
Dunia ini ibarat sebuah jalan yang gelap dan spi, penuh dengan kejahatan, kelaliman dan kefasikan, premanisme, terorisme, korupsi dan kriminalitas lainnya tidak pernah berhenti beraksi, pelaku koruptor makin berani, pelaku seks abnormal makin banyak, perampokan dengan pembunuhan makin menjadi-jadi dan pecandu makin bertambah. Meskipun demikian Injil diberitakan dengan luar biasa, walau di satu sisi banyak tekanan, banyak Gereja ditutup, ada Gereja yang dibakar, sulit utk membangun gedung gereja, tetapi di sisi lain tidak sedikit orang yang bertobat dan jiwa-jiwa yang diselamatkan bertambah. Orang yang mengenal Allah, alias ber-IMAN, sudah selayaknya senantiasa memuliakan Allah dengan bersyukur atas segala kasih-Nya.
3 Alasan utama mengapa kita (harus) bersyukur :
1. Kisah Para Rasul 17:25-28 | Tuhan memberikan hidup dan nafas kepada semua orang, dengan tidak memandang bangsa, suku, warna kulit, gender, umur, pangkat / jabatan, harta, dll. Kita musti bersyukur kepada Tuhan kalau kita masih hidup dan bernafas. Kalau anda dirawat di ruang ICU, berapa banyak uang yang anda keluarkan untuk membayar oksigen. Tuhan yang memberikan nafas kepada manusia setiap harinya dengan gratis. Nyawa tidak bisa dibeli di supermarket mana pun di dunia ini. Kita bisa hidup dan beraktivitas hanyalah karena kemurahan Tuhan. Tuhan juga memberikan segala sesuatu yang kita perlukan dalam hidup ini. Tuhan memberikan matahari, air, pohon-pohon yang menciptakan lingkungan yang sejuk dan bersih. Karena itu hargailah pemberian Tuhan dengan selalu bersyukur kepada-Nya.
2. Yohanes 3:16 | Tuhan memberikan keselamatan dan hidup kekal, umur manusia di dunia ini bisa 70 tahun, bisa 80 tahun, tetapi ada yang hanya 40 tahun, ada juga hanya 30 tahun. Tetapi di dalam iman kepada Yesus Kristus kita memperoleh hidup yang kekal. Umur kita di dunia terbatas, tetapi jiwa dan roh kita dapat hidup kekal sampai selama-lamanya. Karena kasih Allah yang besar di dalam Anak-Nya Yesus Kristus, kita tidak usah masuk neraka, tidak menerima hukuman dan tidak akan menderita selama-lamanya. Siapa pun yang percaya kepada Yesus tidak akan binasa tetapi beroleh hidup yang kekal. Untuk alasan ini kita musti bersyukur dan memuliakan Tuhan.
3. Roma 8:32 | Tuhan memberikan cuma-cuma segala hal dalam iman dan kasih kepada Tuhan, (how shall He not with Him also freely give us all things). Di dunia ini semua musti bayar, apalagi di kota-kota besar. Parkir saja harus bayar mahal. Tetapi dalam iman kepada Kristus, Tuhan memberikan segala sesuatu kepada kita dengan gratis. Tuhan memberikan keselamatan dengan gratis, nafas hidup dengan cuma-cuma, berkat-berkat rohani-jiwani- jasmani juga dengan gratis. Karena itu layaklah kita bersyukur dan memuliakan Tuhan.
3 Cara bagaimana kita bersyukur kepada Allah :
1. Muliakan Allah dengan tubuhmu (bdk. Rom 12:1, I Kor 6:20) : Allah telah membeli hidup kita dan harganya telah lunas dibayar oleh darah Yesus di Golgota. Karena itu tubuh kita harus memuliakan Tuhan. Dalam I Korintus 6:12-18 tersurat bahwa tubuh kita adalah milik Tuhan dan jangan dicemari oleh dosa tetapi gunakan untuk kemuliaan Tuhan. Tubuh kita harus dijaga dari segala pencemaran duniawi. Dijaga dengan tidak mereguk minuman keras, tidak merokok, tidak narkoba, sebab merusakkan tubuh. Dijaga dari dosa seks, dosa makanan. Makan itu memang tidak dosa tetapi menjadi budak makanan adalah dosa. Makanlah makanan yang diperlukan kesehatan tubuh. Kita harus selalu memuliakan Tuhan dengan tubuh kita.
2. Bersyukur kepada Allah dengan pujian penyembahan melalui mulut (bdk. Ibr 13:15) : Semua anak Tuhan harus bisa memuji dan menyembah Tuhan. Memang ada beberapa orang beralasan tidak bisa menyanyi. Tetapi setiap kali bayi lahir, selalu ditandai dengan menangis atau bersuara yang terdiri dari nada-nada. Hal ini menunjukkan bahwa dari sejak bayi Tuhan sudah berikan kemampuan untuk menyanyi. Setiap hari kita menerima berkat Tuhan. Dan Tuhan menghendaki agar kita mengucapkan syukur dan memuliakan namaNya. Baca I Tesalonika 5:18. Jangan malu dan jangan berhenti memuliakan Tuhan dengan nyanyian. Senantiasa mulut kita memuji memuliakan Tuhan.
3. Pemberian / Korban / Pelayanan Kasih, melimpahkan syukur kepada Allah (bdk. 2 Kor 9:12, Ibr 13:16, Ams 3:9) : Ternyata pemberian kasih atau korban-korban kita melimpahkan ucapan syukur kepada Allah. Ada orang memberikan korban syukur karena naik kelas, karena memasuki rumah baru, karena ulang tahun, dllsb, dan korban-korban itu melimpahkan syukur kepada Tuhan. Karena itu muliakanlah Tuhan dengan uang kita, dengan harta kita, dengan pemberian kasih kita.
Manusia yang hidup pasti tidak akan pernah lepas dari masalah kehidupan. Masing-masing orang berbeda-beda dalam memandang dan mensikapi masalah yang dihadapinya. Tidak sedikit orang menjadi depresi atau stress berhadapan dengan masalah, bahkan ada yang gila dan ada pula yang tidak lagi sayang nyawa sampai bunuh diri. Sebaliknya ada orang-orang yang melihat timbulnya masalah sebagai ujian sehingga dirinya mampu tabah menghadapi masalah yang ada, dan dapat menyelesaiakannya dengan baik. Tapi pernahkah kita bersyukur saat mendapatkan masalah ? Kelihatan tidak masuk akal memang ketika kita mendapatkan masalah justru kita bersyukur. Kenapa bisa demikian ? Mengapa kita harus bersyukur saat mendapatkan masalah ?
1. Masalah akan selalu ada sebagai bagian dari hidup manusia, manusia hidup tidak akan bisa selalu menghindar dari masalah. Kadang ketika masalah datang kita lari, itu tidak menyelesaikan masalah tetapi menunda atau bahkan menciptakan masalah baru. Mencari solusi terbaik dalam setiap masalah yang ada adalah sikap bijaksana, sebab masalah dan persoalan menjadi bukti bahwa kita masih hidup. Dan hidup itu adalah anugerah yang harus disyukuri.
2. Allah dalam menciptakan segala sesuatu pasti ada hikmah dan manfaatnya, Dia tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia-sia, termasuk masalah yang Dia ciptakan pasti juga ada hikmahnya. Misal, Allah menciptakan nyamuk, bagi sebagian orang nyamuk dianggap sebagai pengganggu hidup manusia bahkan jadi penyakit, tapi bagi pabrik obat nyamuk, keberadaan nyamuk bisa mendatangkan keuntungan dan menciptakan lapangan kerja.
3. Banyak di antara orang-orang sukses yang kehidupannya berubah dari kondisi buruk atau biasa-biasa saja menjadi mapan, bahkan kondisi sukses luar biasa setelah dirinya mendapatkan masalah. Masalah itu menjadi titik balik yang merubah kehidupan orang-orang menjadi sukses. Walaupun tidak semua orang yang mendapat masalah kemudian menjadi orang sukses. Tapi kita bisa melihat bahwa sebagian orang bisa menjadikan masalah sebagai trigger/pemicu untuk meraih kesuksesan.
4. Hal lain ternyata kedatangan masalah bisa membuat orang semakin dekat dengan Penciptanya. Menjadikan orang semakin tergantung dan banyak berdoa kepada Allah. Hal ini sangat disukai Allah, bahkan Allah sedih ketika manusia tidak berdoa dan meminta kepada Nya. Manusia seperti itu berarti sombong, merasa tidak butuh dengan Allah. Coba sejenak kita menengok ke dalam diri kita, lihat kalau kita sedang mendapat masalah, betapa khusuknya kita beribadah, betapa seringnya kita berdoa, betapa banyaknya kita menambah amalan ibadah, itu semua dilakukan agar mendapat pertolongan Allah sehingga terlepas atau bisa segera menyelesiakan masalah yang kita hadapai. Tapi giliran masalah kita sudah terselasaikan, kita mendapatkan nikmat, kita sering melupakan Allah, Tuhan kita, beribadah jadi males, berdoa juga jarang, seolah-olah kita tidak membutuhkan Allah lagi.
5. Kenyataanya, nikmat karunia Allah lebih besar dan lebih banyak dari masalah yang Dia berikan kepada manusia. Dapatkah Anda menghitung sudah berapa banyak karunia Allah yang telah Anda terima ?
Aku Lelah……
Aduuh…kenapa air mata ini harus mengalir lagi? Aku memang cengeng, semua orang juga tahu itu. Aku sudah berusaha menahan agar tanggulku ga jebol lagi, tapi ternyata aku ga kuat. Aku memang orang yang lemah, amat sangat lemah dan rapuh. Setiap rasa sakit ini muncul tiba-tiba, aku ga kuat tuk menahannya. Semua bayangan muncul dan berputar dikepalaku seperti rentetan sebuah film. Aku ingin menghapusnya dari memoriku, aku lelah berjalan sendiri dalam sakit dan ketidakberdayaan diri. Aku tak ingin mengeluh dan membebani, tapi sungguh aku benar-benar tak sanggup. Aku lelah bersandiwara, aku lelah harus tertawa dalam tangis, aku lelah bersikap tegar dalam kerapuhan diri. Aku kini seperti burung kecil yang kehilangan induk, tubuhku rapuh tanpa induk disampingku. Aku bagai kunang-kunang kecil dalam pekat malam, sinarku tiada mampu menerangi gelapnya malam.
Aku lelah……
Aku Terinspirasi
KUMPULAN KATA BIJAK MARIO TEGUH dan KATA MOTIVASI MARIO TEGUH
Motivasi dari Mario Teguh ini benar-benar membuka cakrawala Pandanganku untuk melihat lebih luas arti hidup dan betapa bermaknanya kehidupan ini, semua akan bisa kalau kita sudah menyiapkan diri dengan sebaik-baiknya. Berikut beberapa motivasi dari Mari Teguh:
Jika anda menasehatkan sesuatu yang belum pernah anda lakukan, cepat atau lambat anda akan diuji dengan apa yang anda nasehati. Nasehatkan tentang kesabaran, maka kesabaran anda akan diuji.
Orang yang menghindari kesalahan, tidak akan tumbuh.
Nikmatilah setiap proses kehidupan.
Orang lain adalah cermin. Ada dua jenis : cermin baik dan buruk. Cermin buruk, sebaik apapun diri kita, akan tetap memantulkan gambar diri yang bengkok. Itulah mengapa anda perlu bergaul dengan lingkungan yang baik
Budi Pekerti adalah tindakan baik yang didasari oleh tujuan yang baik. Tujuan kemanusiaan dari budi pekerti adalah agar anda berguna bagi sesama.
Jika hidup dan matiku untuk Tuhan, untuk saya apa? Anda dapat apa yang Tuhan miliki.
Kebesaran orang bukan ditentukan oleh besar kecil tubuhnya, melainkan besar kecil hatinya.
Tidak mungkin ada dua benda dalam satu ruang. Pilih apa yang hendak anda masukkan ke hati anda : kebaikan atau kejahatan?
Hadiah pertama bagi orang yang melakukan kebaikan adalah kebaikan.
Penampilan terbaik dari seseorang adalah penampilan yang mewakili hati yang baik.
Manusia terindah adalah manusia yang bermanfaat untuk saudaranya.
Bagi pribadi yang tidak waspada dan tidak bersikap baik, dia bahkan akan menipu dirinya sendiri di hadapan pribadi yang mulia dan jujur kepadanya.
Harus datang akhir dari masa di mana orang mengambil keuntungan dari mengatakan dan melakukan yang tidak jujur kepada kita dan kepada mereka yang kita cintai.
Segala yang kita lakukan tidak ada yang tidak beresiko. Tinggal bagaimana kita menyikapinya. Ada beberapa panduan menyikapi resiko.
ü Resiko tidak seharusnya membuat kita ciut nyali, namun tidak seharusnya juga menjadikan diri sebagai orang yang tidak takut dosa.
ü Memilih sebuah hubungan adalah menerima resiko, cerminan diri kita dapat dilihat dari perilakunya terhadap kita.
ü Resiko seharusnya dapat membuat kita menjadi orang yang lebih baik.
ü Berfokuslah pada apa yang berani kita lakukan, hasilnya kita serahkan kepada Tuhan.
Jangan paksa orang untuk berubah. Berubah itu sulit. Berkasih sayanglah.
Perubahan itu tidak mudah, terutama untuk memperbaiki kualitas hidup.
Inginkanlah yang mudah, tetapi jangan lupakan keharusan mu untuk menjadi lebih kuat. Bukan pemberian yang mudah yang akan memudahkan hidup mu, tetapi kemampuan yang menjadikan mu pantas bagi semua pemberian besar – yang tidak mudah untuk didapat itu, yang akan menjadikan mu penegak kehidupan yang berjaya.
Lebih mudah meneruskan apa adanya, walau pun tidak mudah hidup dalam kesulitan. Maka jangan ganggu dia yang sulit berubah, walau pun itu untuk kebaikannya sendiri. Biarkanlah dia mengutamakan yang mudah sekarang, karena dia tidak keberatan dengan kesulitannya.
Orang yang hidup hanya untuk dirinya sendiri ・lebih mudah untuk merasa sedih dan tidak berguna.
Tujuan hidup adalah sebuah ketetapan yang mendasari semua rencana dan kerja kita, dan yang menjadi penjaga arah perjalanan.
Kasih sayang itu sederhana. Tetapi, tidak sederhana perannya dalam mencantikkan kehidupan kita. Marilah kita mengikhlaskanlah diri untuk mengasihi pasangan kita sepenuhnya.
Jika kita sedang benar, jangan terlalu berani dan bila kita sedang takut, jangan terlalu takut. Karena keseimbangan sikap adalah penentu ketepatan perjalanan kesuksesan kita.
Tidak ada harga atas waktu, tapi waktu sangat berharga. Memilik waktu tidak menjadikan kita kaya, tetapi menggunakannya dengan baik adalah sumber dari semua kekayaan.
Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencoba, karena didalam mencoba itulah kita menemukan dan belajar membangun kesempatan untuk berhasil.
Kita hanya dekat dengan mereka yang kita sukai. Dan seringkali kita menghindari orang yang tidak tidak kita sukai, padahal dari dialah kita akan mengenal sudut pikiran yang baru.
Orang-orang yang berhenti belajar akan menjadi pemilik masa lalu. Orang-orang yang masih terus belajar, akan menjadi pemilik masa depan.
Tinggalkanlah kesenangan yang menghalangi pencapaian kecemerlangan hidup yang diidamkan. Dan berhati-hatilah, karena beberapa kesenangan adalah cara gembira menuju kegagalan.
Jangan menolak perubahan hanya karena kita takut kehilangan yang telah dimiliki, karena dengannya kita merendahkan nilai yang bisa kita capai melalui perubahan itu.
Kita tidak akan berhasil menjadi pribadi baru bila kita berkeras untuk mempertahankan cara-cara lama kita. Kita akan disebut baru, hanya bila cara-cara kita baru.
Ketepatan sikap adalah dasar semua ketepatan. Tidak ada penghalang keberhasilan bila sikap kita tepat, dan tidak ada yang bisa menolong bila sikap kita salah.
Orang lanjut usia yang berorientasi pada kesempatan adalah orang muda yang tidak pernah menua ; tetapi pemuda yang berorientasi pada keamanan, telah menua sejak muda.
Hanya orang takut yang bisa berani, karena keberanian adalah melakukan sesuatu yang ditakutinya. Maka, bila merasa takut, kita akan punya kesempatan untuk bersikap berani.
Kekuatan terbesar yang mampu mengalahkan stress adalah kemampuan memilih pikiran yang tepat. kita akan menjadi lebih damai bila yang kita pikirkan adalah jalan keluar masalah.
Jangan pernah merobohkan pagar tanpa mengetahui mengapa didirikan. Jangan pernah mengabaikan tuntunan kebaikan tanpa mengetahui keburukan yang kemudian kita dapat.
Seseorang yang menolak memperbarui cara-cara kerjanya yang tidak lagi menghasilkan, berlaku seperti orang yang terus memeras jerami untuk mendapatkan santan.
Bila kita belum menemukan pekerjaan yang sesuai dengan bakat kita, bakatilah apapun pekerjaan kita sekarang. Kita akan tampil secemerlang yang berbakat.
Kita lebih menghormati orang miskin yang berani daripada orang kaya yang penakut. Karena sebetulnya telah jelas perbedaan kualitas masa depan yang akan mereka capai.
Jika kita hanya mengerjakan yang sudah kita ketahui, kapankah kita akan mendapat pengetahuan yang baru ? Melakukan yang belum kita ketahui adalah pintu menuju pengetahuan.
Jangan hanya menghindari yang tidak mungkin. Dengan mencoba sesuatu yang tidak mungkin,kita akan bisa mencapai yang terbaik dari yang mungkin kita capai.
Salah satu pengkerdilan terkejam dalam hidup adalah membiarkan pikiran yang cemerlang menjadi budak bagi tubuh yang malas, yang mendahulukan istirahat sebelum lelah.
Bila kita mencari uang, kita akan dipaksa mengupayakan pelayanan yang terbaik. Tetapi jika kita mengutamakan pelayanan yang baik, maka kitalah yang akan dicari uang.
Semua waktu adalah waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu yang baik. Jangan menjadi orang tua yang masih melakukan sesuatu yang seharusnya dilakukan saat muda.
Kekuatan terbesar yang mampu mengalahkan stress adalah kemampuan memilih pikiran yang tepat. Anda akan menjadi lebih damai bila yang anda pikirkan adalah jalan keluar masalah.
Kita lebih menghormati orang miskin yang berani daripada orang kaya yang penakut. Karena sebetulnya telah jelas perbedaan kualitas masa depan yang akan mereka capai.
Jangan hanya menghindari yang tidak mungkin. Dengan mencoba sesuatu yang tidak mungkin,anda akan bisa mencapai yang terbaik dari yang mungkin anda capai.
Waktu ,mengubah semua hal, kecuali kita. Kita mungkin menua dengan berjalanannya waktu, tetapi belum tentu membijak. Kita-lah yang harus mengubah diri kita sendiri.
Keberhasilan Bukan Hanya Dilihat Dari Hasil
Seorang bapak berkata pada anaknya “ kalau rapot kamu di semester ganjil ini bagus, maka kita akan berencana pergi ke Prigen pada saat libur semester tahun ini “. Maka si anak mulai tekun belajar berbeda dari sebelumnya. Ungkapan tersebut menunjukkan bahwa si ayah akan memberi hadiah jika rapotnya bagus, titik berat di sini adalah hasil dari suatu pekerjaan, dari hasil yang dicapai itulah selanjutnaya diberi ganjaran / hadiah. Hal ini berlaku dibanyak tempat, bisa di rumah tangga, di sekolah, tempat kerja dsb.
Pendek kata di mana pun bahwa hasil usaha menjadi prasyarat untuk mendapatkan hadiah atau ganjaran. Ketika di rumah, orang tua pada umumnya akan merasa senang dan sayang mana kala anak – anaknya telah melakukan tugasnya dengan baik, Di sekolah para pengajar / pendidik akan merasa senang dan menyayangi pada anak – anak yang rajin belajar, pandai, patuh, sopan, tertip, bersih dan sebagainya.
Maka sudah sejak awal dalam hidupnya anak mengalami, bahwa ia harus berbuat sesuatu supaya dapat diterima dan diakui, kalau tidak berbuat apa – apa maka sulit baginya untuk dapat diterima dan diakui baik oleh orang tua, pengajar / pendidik, majikan dan sebagainya. Mana kala protes muncul dari anak atas cara seperti itu, maka sebenarnya di balik protes itu terkandung suatu keinginan dasar setiap manusia, yaitu harapan untuk diterima dan diakui, terlepas dari apakah telah berhasil atau gagal.
Manusia baru dapat merasa hidup sebagai manusia dalam pengertian sebenaranya, kalau tidak dinilai semata – mata menurut prestasi, melainkan tetap diakui sebagai manusia walaupun pernah gagal. berbuat salah. kita merasa lega, kalau kita diterima tanpa syarat apaun. Keininginan dasar manusia adalah ingin dicintai, diterima, diakui tanpa syarat, tanpa “ kalau “ dan tanpa “ asal “. Lalu bagaimanakah dengan kita sebagai seorang pendidik?
Tentunya kita dengan tulus hati menerima, mengakui, memperlakukan yang sama semua murid yang bersal dari berbagai latar belakang budaya, ekonomi, status social, pendidkan dan sebaginya secara berbeda. Ada yang cara berpikrinya cepat, lambat, ada yang pandai, tentu ada yang kurang , serta karakter yang berbeda, Kita berusaha menerima mereka tanpa terlebih dahulu dengan suatu bukjti atau tanda yang meyakinkan bahwa mereka itu baik dan berhasil. Kita belajar dari Yesus sendiri yang dengan tengan terbuka mau menerima semua orang tanpa melihat apakah orang itu berdosa atau tidak, kaya atau miskin, pintar atau kurang.
Mereka datang karena mereka memandang kita sebagai pendidik yang dapat dipercaya untuk mampu membantu mendewasakan hidupnya. Lalu apakah hasil mereka tidak punya aarati apa – apa? Bukan begitu. Kita tentu merasa gembira mana kala mereka sedikit berhasil atau bahkan berhasil, dan kita juga patut berbahagia atas usaha kita yang telah kita capai.
Kita ini tidak hidup dari dan demi keberhasilan usaha kita. Kita hidup karena Tuhan mengijinkannya. Tuhan mencintai kita, sehingga kita hidup. Suatu kenyataan bahwa yang tidak dapat dihancurkan adalah “ Cinta illahi “.Bahwa cinta itu selalu menerima kita apa adanya. Tidak perlu kita bersandar pada sanjungan / pujian orang lain, sandarkanlah pada Tuhan apa yang kita lakukan secara terus menerus biar tercipta suatu suasana kebebsan, di dalam suasana itu kita akan bernafas lega, meskipun bagitu banyak urusan dan keadaan yang membuat kita pontang – panting dalam menjalani hidup ini.
Thursday, November 10, 2011
Hai Nil, Mengalirlah!
Juru bicara mereka berkata, “Wahai Amirul mukminin, Sungai Nil di tempat kami punya kebiasaan tidak mau mengalirkan air kecuali permintaannya dipenuhi.”
“Apa permintaannya?” tanya Amru bin ‘Ash.
“Kalau sudah tanggal 11 bulan ini, kami biasa mencari seorang anak gadis. Setelah kami menjadikan kedua orang tuanya senang dan ridha, maka kami menyuruh gadis itu berdandan dan berhias seelok mungkin. Lalu kami melemparnya ke Sungai Nil sebagai tumbal,” papar mereka.
Amru bin ‘Ash memotong, “perbuatan itu dilarang oleh Islam dan Islam melenyapkan ajaran buruk sebelumnya.”
Karena tidak ada solusi, para penduduk Mesir yang menetap di sekitar Sungai Nil memutuskan untuk menetap sementara seperti biasa. Bila air Sungai Nil tidak mengalir, mereka berencana pindah ke wilayah lain.
Melihat keadaan itu, Amru bin ‘Ash berkirim surat kepada Khalifah Umar bin Khaththab di Madinah. Amru melaporkan peristiwa yang dihadapinya dan meminta nasihat kepada Umar apa yang mesti ia lakukan.
Umar membalas surat Amru. Dalam suratnya Umar menulis, “Tindakanmu benar. Islam memang menghapus kebiasaan buruk sebelumnya. Aku telah mengirim kertas khusus untuk engkau lempar ke Sungai Nil.”
Surat Umar sampai ke tangan Amru. Amru membaca isi surat khusus yang ditulis Umar untuk Sungai Nil. “Dari hamba Allah, Umar Amirul Mukminin untuk Nil penduduk Mesir. Amma ba’du. Jika engkau mengalir karena kemauanmu, janganlah engkau mengalir. Tetapi bila engkau mengalir karena diperintah oleh Allah, maka aku meminta kepada Allah Yang Mahaesa lagi Maha Perkasa agar menjadikanmu mengalir.”
Kertas itu dilempar Amru bin ‘Ash ke Sungai Nil sehari sebelum hari raya Nasrani. Saat itu penduduk Mesir tengah bersiap-siap pindah ke negeri lain karena Sungai Nil yang menjadi sumber penghidupan mereka berhenti mengalirkan air.
Setelah surat Umar dilempar, keesokan harinya, di pagi hari di hari raya Nasrani, air Sungai Nil telah mengalir dengan ketinggian 7 meter lebih hanya dalam waktu semalam. Sejak itu adat buruk masyarakat Mesir melempar tumbal seorang gadis hidup-hidup ke tengah Sungai Nil berhenti.
Peristiwa ini tercatat dalam Tafsir Ibnu Katsir (3/480), Tafsir Al-Qurthubi (13/70-71), Tafsir Fakhrur Razi (21/74-75), Tarikh Al-Khulafa karya Asy-Syuyuti, Thabaqat Asy-Syafi’iyah Al-Kubra karya As-Subkiy, dan kitab-kitab masyhur lainnya.
http://www.dakwatuna.com/2008/hai-nil-mengalirlah/
Mengapa Berat Nak Sholat?
Rata-rata umat Islam mengetahui bahawa sembahyang atau solat lima waktu
itu hukumnya wajib. Yakni, kalau dibuat, dapat pahala dan kalau
ditinggalkan berdosa. Berdosa itu pula akan dihukum dengan seksa Neraka.
yang membakar sampai ke hati. Minumannya ialah leburan logam yang
menggelegak yang tidak terhingga panasnya. Makanannya ialah buah yang
berduri. Seksa Neraka tersangatlah pedih. Ia adalah sehina-hina tempat
untuk kembali.
Rata-rata juga umat Islam tahu bahawa sembahyang itu tiang agama. Siapa
yang mendirikan sembahyang, dia sebenarnya telah mendirikan agama. Siapa
yang meruntuhkan sembahyang, dia telah meruntuhkan agama. Mereka juga
tahu, yang membezakan di antara orang kafir dan orang Islam itu ialah
sembahyang.
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, nyata dia
telah kufur. Sembahyang adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat.
Kalau sembahyang tidak selesai, segala amalan yang lain tertolak.
Namun masih ramai umat Islam yang tidak menunaikan sembahyang lima
waktu. Masih ramai yang cuai menunaikan sembahyang. Yang cuai menunaikan
sembahyang itu bukan sahaja orang muda tetapi juga orang tua. Bukan
sahaja orang miskin tetapi juga orang kaya. Bukan sahaja di kalangan
orang-orang bawahan tetapi juga orang-orang atasan. Bukan hanya dari
kalangan orang-orang tidak berpelajaran tetapi juga yang berpelajaran
tinggi. Bukan sahaja dari kaum pekerja atau buruh tetapi juga dari para
eksekutif dan pengurusan. Bukan sahaja di
kalangan rakyat tetapi juga pemimpin. Bukan sahaja lelaki, tetapi ramai
juga perempuan yang cuai bersembahyang.
Menjadi kafir kerana tidak bersembahyang tidak dirasakan sebagai suatu
ancaman. Meruntuhkan agama kerana cuai sembahyang juga tidak dirasakan
besar. Malahan, ancaman seksa Neraka yang begitu perit, hebat dan
dahsyat pun umat Islam tidak rasa gerun dan takut. Apakah puncanya umat
Islam jadi begini?
Kalau ditanya pendapat orang, maka akan timbullah berbagai-bagai sebab
dan alasan. Lemah imanlah. Kurang ilmu agamalah. Tidak ada asas
agamalah. Kurang didikan agamalah. Kerana pengaruh liar seperti rock,
black metal, dadah dan sebagainya. Kerana ibu ayah sibuk mengejar dunia
dan tidak mengambil berat serta tidak ada masa untuk anak-anak. Kerana
tidak ada kasih-sayang dari ibu bapa dan keluarga. Kerana sibuk dengan
urusan, kerja, tugas, perniagaan dan bermacam-macam lagi alasan.
Mungkin alasan-alasan ini boleh diterima tetapi ia lebih merupakan
alasan-alasan sampingan. Ada sebab dan alasan yang lebih pokok dari itu
iaitu rata-rata umat Islam sudah tidak kenal Tuhan. Umat Islam berat
menunaikan sembahyang kerana mereka tidak kenal Tuhan. Apabila Tuhan
tidak dikenali, maka umat Islam tidak cinta dan tidak takut dengan
Tuhan. Apabila cinta dan takut tidak ada, maka tidak wujud hubungan hati
dengan Tuhan.
Hati yang tidak terhubung dengan Tuhan tidak ada apa-apa rasa. Tidak ada
keinsafan. Tidak ada kesedaran. Tidak ada rasa bahawa Tuhan itu
diperlukan. Bahawa Tuhan itu Maha Hebat dan Maha Agung. Tidak ada rasa
bahawa kita manusia begitu kerdil dan lemah di sisi Tuhan. Walhal hati
itu adalah wakil Tuhan pada diri kita, tempat kita berzikir dan
berhubung rasa dengan Tuhan. Dalam erti kata yang lain, kalau hati tidak
terhubung dengan Tuhan, kita tidak akan khusyuk dengan Tuhan.
Itulah sebabnya konsep pendidikan Islam bermula dari apa yang disabdakan
oleh Rasulullah SAW:
Maksudnya: Awal-awal agama mengenal Allah.
Setelah Allah dikenali, dicintai dan ditakuti, maka kita akan suka
mengamalkan syariat. Kita akan suka bersembahyang. Kita akan suka
membuat perkara yang Tuhan suka. Kita akan suka menggembirakan Tuhan.
Kita akan khusyuk dengan Tuhan. Akan timbullah keinginan untuk menyembah
dan membesarkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Barulah
datang keinginan untuk bersembahyang kerana sembahyang itu ialah
upacara untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Kalau Tuhan tidak
dirasakan besar dan agung maka kita tidak akan terdorong untuk
bersembahyang. Sembahyang tidak akan ada apa-apa makna.
Yang menjadi masalah, umat Islam sudah tidak dididik mengikut konsep
pendidikan Islam ini lagi. Mereka tidak dikenalkan kepada Tuhan terlebih
dahulu. Mereka dikenalkan kepada dunia dan apabila sudah tua atau
dewasa, barulah hendak berusaha untuk mengenal Tuhan. Itu pun hanya bagi
orang yang sedar dan yang mendapat hidayah.
Kalau setiap anak dididik dari kecil untuk mengenal Tuhan, maka semua
akan jadi mudah. Dari kecil lagi anak-anak sudah kenal, cinta dan takut
dengan Tuhan. Dari kecil lagi mereka sudah merasa khusyuk dengan Tuhan.
Orang yang khusyuk dengan Tuhan akan mudah bersembahyang. Tuhan ada
berfirman:
Maksudnya: Jadikanlah sabar dan solat itu sebagai
penolongmu. Sesungguhnya solat itu berat kecuali bagi
orang-orang yang khusyuk.
(Al-Baqarah: Ayat 45)
Kalau sudah tua dan dewasa baru hendak mengenal Tuhan, ia seperti anak
angkat yang sudah tua mahu diperkenalkan oleh ibu angkatnya kepada ibu
kandungnya sendiri. Memang dia akan menerima hakikat bahawa ibu
kandungnya itu memang benar ibu kandungnya. Lebih-lebih lagi kalau
disahkan dan diakui pula oleh ibu angkatnya. Tetapi untuk hidup dengan
ibu kandungnya atau untuk berpindah dari rumah ibu angkat untuk tinggal
bersama-sama ibu kandungnya, itu amat rumit sekali. Dia tidak akan mahu.
Cintanya telah tertumpah kepada ibu angkatnya kerana ibu angkatnyalah
yang telah banyak mencurahkan kasih sayang padanya. Begitu jugalah orang
yang telah meninggalkan Tuhannya untuk bermewah di dunia. Dunia seperti
ibu angkatnya. Memang sukar untuk kembali kepada Tuhan yang menciptanya.
Tidak hairanlah mengapa umat Islam tidak terdorong untuk bersembahyang.
Umat Islam tidak teringin untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Untuk
memuliakan, meninggikan dan mengabdikan diri kepada Tuhan. Mereka
mungkin tahu dan percaya adanya Tuhan tetapi mereka tidak merasakan
bahawa Tuhan itu benar-benar wujud. Mereka juga tidak merasakan yang
diri mereka itu hamba kepada Tuhan. Inilah bahananya kalau Tuhan tidak
dikenali.
Setakat tahu dan percaya sahaja tidak cukup untuk menjadi aqidah dan
pegangan. Ia tidak cukup untuk mendorong seseorang itu bertindak dan
beramal. Ia tidak boleh menimbulkan sesuatu komitmen atau azam yang
kuat.
Tahu dan percaya Tuhan itu adalah dengan akal. Tetapi mengenal Tuhan itu
adalah dengan hati. Orang yang tahu dan ada ilmu tentang Tuhan dikatakan
orang yang Aalimbillah. Orang yang kenal Tuhan itu dikatakan orang yang
Aarifbillah. Orang yang kenal Tuhan atau orang Aarifbillah itu, mereka
kenal Tuhan dengan hati. Mereka ada rasa-rasa bertuhan dalam hati
mereka. Mereka juga ada rasa-rasa kehambaan. Mereka itu orang-orang yang
khusyuk. Orang yang setakat Aalimbillah tidak ada rasa apa-apa.
Mari kita lihat bagaimana Rasulullah SAW mendidik para sahabat. Selama
13 tahun di Makkah, Rasulullah tidak mengajar para sahabat selain dari
mengenal Tuhan. Tidak ada hukum-hakam lain yang diajar. Sembahyang pun
belum diwajibkan.
Rasulullah mengajar para sahabat tentang Tuhan sehingga mereka
benar-benar kenal, cinta, takut dan sangat-sangat rindu dengan Tuhan.
Mereka seperti orang lapar yang tidak dapat makan. Mereka seperti orang
dahaga yang tidak dapat minum. Rindu mereka meluap-luap terhadap Tuhan.
Mereka mabuk cinta dan mabuk rindu dengan Tuhan.
Hanya pada tahun yang kesebelas baru berlaku peristiwa Israk Mikraj.
Ketika itu baru diturunkan perintah sembahyang. Apabila para sahabat
mendapat perintah sembahyang, ia ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Ia
ibarat orang dahaga diberikan air. Ibarat orang lapar diberikan roti.
Dalam sembahyanglah para sahabat melepaskan rindu-dendam mereka pada
Tuhan. Mereka berdailog, mengadu, memuja dan memuji Tuhan. Dalam
sembahyanglah mereka bermanja-manja dengan Tuhan.
Sembahyang adalah satu hadiah yang paling besar dan berharga bagi para
sahabat. Satu perkara yang ditunggu-tunggu dan diidam-idamkan. Dengan
sembahyanglah dapat mereka meluahkan segala perasaan dan isi hati mereka
kepada Tuhan yang mereka tanggung selama ini. Sembahyang bagi mereka
adalah satu nikmat yang tidak terhingga nilainya. Sebab itu kita lihat,
sahabat yang paling malas pun, sembahyang mereka seratus rakaat sehari
semalam.
Para sahabat mencintai sembahyang kerana sebelum datang perintah
sembahyang pun, mereka sudah kenal, cinta, rindu dan takut dengan Tuhan.
Inilah yang tidak ada pada kita. Kita tidak kenal, jauh sekali cinta,
rindu dan takut dengan Tuhan. Sebab itulah sembahyang tidak menjadi buah
hati kita. Sebab itulah kita tidak terdorong untuk bersembahyang. Sebab
itulah sembahyang kita tidak manis dan kita tidak mendapat kepuasan
dalam sembahyang. Sembahyang bagi kita adalah sesuatu yang sangat payah
dan berat. Sangat meletih dan menjemukan. Bagi para sahabat, bertemu
Tuhan macam hendak bertemu kekasih. Tidak sabar-sabar ingin bertemu.
Bagi kita, bertemu Tuhan macam hendak bertemu orang yang kita tidak
kenal. Kalau tak jadi bertemu pun tak rasa rugi apa-apa.
Seperkara lagi mengapa kita merasa berat untuk bersembahyang ialah
kerana kita tidak tahu dan tidak faham sebab dan hikmah mengapa Tuhan
mewajibkan kita bersembahyang. Kita tahu, kalau semua manusia
bersembahyang pun, Tuhan tidak untung apa-apa. Kalau semua manusia tidak
mahu bersembahyang pun, Tuhan tidak rugi apa-apa. Tidak akan bertambah
atau berkurang kemuliaan Tuhan. Sifat Tuhan itu sudah sedia sempurna.
Tetapi kenapa Tuhan mewajibkan juga kita bersembahyang.
Kita diperintah bersembahyang kerana dengan sembahyanglah dapat kita
melahirkan rasa-rasa kehambaan di hati kita. Rasarasa kehambaan ialah
rasa hina, berdosa, bersalah dengan Tuhan, rasa kerdil, lemah, cemas,
gementar, takut, bimbang, rasa malu, rendah diri, berharap dan
sebagainya. Rasa-rasa kehambaan inilah yang dapat membantu kita menjadi
orang yang baik. Rasa-rasa kehambaan ini boleh memusnah dan membakar
sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat keji yang bersarang di hati kita
seperti sombong, hasad dengki, tamak, pemarah, bakhil, ujub, jahat
sangka, berdendam, memfitnah, mengumpat, adu domba, menghina dan
lain-lain lagi. Kalau rasa-rasa kehambaan tidak ada di dalam hati, maka
hati kita akan dipenuhi dengan sifat-sifat mazmumah seperti yang disebut
di atas.
Sifat-sifat mazmumah ini sangat merosakkan. Ia racun dalam kehidupan
manusia dan masyarakat. Apabila hati-hati manusia dipenuhi dengan
sifat-sifat mazmumah, manusia akan berkrisis, bergaduh, bertengkar,
jatuh-menjatuh, bunuh-membunuh dan berperangan sesama sendiri.
Sebenarnya yang bergaduh dan berkelahi di antara manusia itu bukan
manusia itu sendiri. Bukan lidahnya, bukan tangannya, bukan kakinya
tetapi sifat mazmumah yang bersarang di hatinya. Sifat sombong seseorang
itu berlawan dengan sifat dengki orang lain. Sifat panas baran seseorang
itu bertengkar dengan sifat keras hati orang lain. Sifat bakhil
seseorang itu berlawan dengan sifat tamak haloba orang lain dan
seterusnya. Sifat mazmumah yang bersarang di hati manusialah punca
manusia bergaduh. Lidah, tangan, kaki hanya mengikut sahaja.
Kalau hati-hati manusia dipenuhi dengan segala sifat mazmumah, maka
rosaklah kehidupan manusia. Binasalah dunia. Hilang kasih sayang. Roboh
perpaduan. Hilang kebahagiaan dan keharmonian. Terseksalah hidup
manusia. Sembahyanglah yang dapat membuatkan manusia menjadi baik ialah
sembahyang yang dapat melahirkan rasa-rasa kehambaan. Rasa-rasa
kehambaan inilah yang akan melenyapkan sifat-sifat mazmumah dari hati
kita. Kalau kita rasa hina, lemah dan kerdil di hadapan Tuhan, masakan
pada waktu yang sama kita akan merasa sombong dan angkuh dengan orang
lain. Kalau kita merasa bersalah dan berdosa dengan Tuhan, masakan kita
akan nampak salah dan dosa orang lain.
Rasa-rasa kehambaan ini secara otomatis akan melahirkan pula rasa-rasa
bertuhan. Iaitu rasa-rasa bahawa Tuhan itu Maha Hebat, Maha Agung, Maha
Perkasa, Maha Kaya dan sebagainya. Rasa-rasa bertuhan ini akan menyubur
dan menajamkan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat terpuji di hati
kita. Akan tumbuh dan segarlah sifat-sifat pemurah, pemaaf,
tolong-menolong, bantu-membantu, bertolak-ansur, bertimbang-rasa,
berkasih
sayang, bertoleransi, mesra, lemah lembut, lapang dada, suka
mendahulukan orang lain dan sebagainya di hati kita.
Inilah di antara sebab mengapa Tuhan menyuruh kita bersembahyang. Supaya
manusia dapat hidup dengan aman, damai dan harmoni. Bila sifat-sifat
mazmumah bersarang di hati kita, kita akan berwatak dengan watak
syaitan. Tetapi bila sifat-sifat mahmudah menghiasi hati kita, maka
terbinalah insan kita. Kita akan berwatak dengan watak malaikat.
Hidup manusia di muka bumi akan menjadi tenang, aman dan damai dan penuh
dengan kasih sayang dan harmoni. Hidup di dunia akan menjadi begitu
indah dan bahagia. Itulah bayangan keindahan hidup di Syurga Jannatun
Naim, hasil dari kita mendirikan sembahyang.