skip to main | skip to sidebar

About me

Unknown
View my complete profile

Subscribe To

Posts
    Atom
Posts
All Comments
    Atom
All Comments

Archivo del blog

  • ▼ 2012 (26)
    • ▼ Dec (4)
      • Muslimah Sejati dalam dambaan Setiap Jiwa Wanita
      • Lelaki Acuan al-Quran
      • Sehari di Kediaman Rasulullah S.a.w
      • Sehari di kediaman Rasulullah S.a.w
    • ► Jun (1)
    • ► Apr (8)
    • ► Mar (8)
    • ► Feb (3)
    • ► Jan (2)
  • ► 2011 (126)
    • ► Dec (7)
    • ► Nov (30)
    • ► Oct (46)
    • ► Sep (29)
    • ► Aug (14)

Followers

Powered by Blogger.

Translate



Feedjit

YANG TERBAIK..INSYAALLAH

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah s.a.w itu teladan yang baik bagi kamu."(QS.Al-Ahzab:21)

Sunday, March 18, 2012

Kain Lap Tercemar Dengan Bakteria


Oleh Hafizah Iszahanid

Kajian kebersihan rumah yang dilakukan Majlis Kebersihan Asia (MKA) mendapati, kain lap meja yang digunakan di dapur, adalah punca utama pencemaran di Malaysia.

Kajian itu mengambil contoh 1,200 spesimen daripada 140 rumah membabitkan 7 negara yang merangkumi bilik mandi, sinki dapur, kolam mandi di bilik air, anak patung, paip air di dapur, peti sejuk, kain lap meja dan permukaan dapur.

Daripada jumlah itu, kain lap meja didapati tercemar 100%, diikuti paip air di dapur (95%), bilik mandi (85%) selain mainan kanak-kanak (65%). Secara keseluruhannya, Malaysia menduduki tangga pertama sebagai rumah paling tercemar diikuti India.

Kebanyakannya dicemari oleh bakteria E coli diikuti Salmonella yang membawa komplikasi kesihatan seperti cirit-birit dan keracunan makanan.


Bakteria seperti E coli lebih mudah merebak kerana kanak-kanak tidak membasuh tangan dengan betul selepas bermain dengan barangan mainan. Selain itu, penyedia makanan juga tidak membasuh tangan dengan betul ketika menyediakan makanan.

Gunakan Sabun

Membasuh tangan mengambil masa 20 saat dengan sabun dan bukan hanya membasahkan tangan.

Kanak-kanak adalah 'takungan' jangkitan ini kerana mereka berinteraksi dengan kanak-kanak lain yang dicemari bakteria sebelum menjangkiti ahli keluarga.

Dalam satu laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2007, seramai 1.8 juta orang meninggal dunia setiap tahun di seluruh dunia kerana masalah bekalan air bersih, sanitasi dan tahap kebersihan yang tidak memuaskan.


Dua pertiga daripadanya tinggal di Asia dengan 90% daripada jumlah itu adalah kanak-kanak berusia bawah 5 tahun.

Permukaan dapur mudah menjadi pusat penyebaran bakteria apabila kain lap yang digunakan bagi membersihkan permukaan dapur tercemar dengan bakteria. Bakteria seperti E Coli dan Salmonella, kemudian menjadi punca masalah gastrousus seperti cirit-birit yang serius, selain masalah cacing.

Kesan Pencemaran E Coli

E coli mudah ditemui di mana-mana. Tanpa penjagaan kebersihan yang betul, E coli selain Salmonella boleh menjadi punca masalah. Bagaimanapun, sistem badan membekalkan vitamin K menjadikan kebanyakan orang boleh mengatasi serangan E coli.

Bagaimanapun, sesetengah jenis E coli seperti jenis 0157 boleh mendatangkan masalah. Kanak-kanak dan golongan berusia selalunya bermasalah dengan jenis ini. Biasanya ia boleh ditemui dalam usus (sama ada manusia atau haiwan) dan boleh berjangkit jika seseorang itu memakan atau minum minuman yang tercemar.

Bakteria boleh melata dan terbahagi setiap 20 minit. Satu sel bakteria boleh menjadi 8 juta sel dalam tempoh kurang 24 jam.


Punca Penyebaran

1) Makanan yang tercemar - biasanya dikaitkan dengan daging (lembu, ayam atau ikan) yang tidak dimasak dengan sempurna atau disediakan secara mentah tanpa dibasuh dengan sempurna. Ia boleh juga disebabkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibersihkan dengan betul. Memakan ulam atau salad yang tidak bersih juga antara punca utama jangkitan E coli.

E coli juga boleh merebak dari satu permukaan ke permukaan yang lain melalui kain lap atau peralatan menyediakan makanan yang tidak dibasuh dengan baik sebelum dan selepas digunakan. Makanan kering juga tidak terkecuali daripada jangkitan E coli.

2) Minuman yang tercemar - misalnya air daripada punca yang tercemar seperti sungai, tasik atau mungkin juga air takungan. Kadang kala air bersih tercemar kerana bekas takungan yang dicemar.

3) Jangkitan daripada manusia kepada manusia lain - mudah tersebar terutama daripada kanak-kanak yang dijangkiti kepada golongan dewasa. Apatah lagi jika kanak-kanak tidak diajar membersihkan tangan dengan betul.

4) Pakaian yang kotor - secara purata sebuah mesin basuh boleh mengandungi 100 juta E coli untuk satu masa. Mikrob ini boleh berpindah daripada pakaian yang dicemari kepada pakaian yang tidak dicemari dalam mesin basuh. Selalunya hanya sebahagian daripada mikrob ini tersingkir ketika dibilas. Anda seharusnya membasuh tangan setiap kali selepas membasuh pakaian.


Simptom

* Cirit-birit dengan kadang kala disertai darah

* Sakit perut (kejang perut)

* Demam (kadang kala)

* Ada juga yang muntah atau sakit kepala

Cara Menjaga Kebersihan

Basuh tangan sebelum menyediakan makanan, minuman, memakai atau menanggalkan kanta lekap, selepas menyalin lampin bayi dan membasuh pakaian.

Basuh tangan selepas keluar daripada bilik air, membuang hingus, bermain dengan binatang peliharaan atau membuang sampah.

Basuh tangan dan gunakan sabun cecair bukan sabun buku (ketul) yang lebih mudah dicemari bakteria.


INFO DARI www.sihatselalu.com.my
Posted by Unknown at 6:53 PM 0 comments
Labels: sihat selalu...

Friday, March 16, 2012

Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk

Orang Hina Di Sisi ALLAH SWT : Mustafa Kemal Atatürk

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Dosa Mustafa Kemal

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Posted by Unknown at 8:29 PM 0 comments
Labels: citer2...

Sahabat

Yaakub dipisahkan dari anaknya Yusuf..
Yusuf diperdayakan perempuan..
Ayub ditimpa penyakit yang parah..
Daud & Sulaiman kena bermacam-macam fitnah..
Demikian juga Zakaria & Yahya, yang memberikan
jiwa mereka untuk korban keyakinan..
Muhammad lebih2 lagi..
Pernahkah mereka mengeluh ?
Tidak, kerana mereka yakin bahawa kepercayaan
kepada Tuhan menghendaki perjuangan & keteguhan..

(Prof. Dr HAMKA)

Nilai p’sahabatan tidak akan cair di musim panas,

Tidak akan beku walau di musim sejuk,

Tidak akan luruh di musim hujan,..

Tp akan sentiasa mekar walaupun bukan di musim BUNGA.

PERSAHABATAN Itu terbina atas ranting KEJUJURAN,

Bertunjangkan KASIH SAYANG,

lalu membuahkan KEMANISAN IKATAN,

Jika terpesong,….

Maka, patahlah ranting, reputlah akar

Lalu rosaklah buah..

Posted by Unknown at 8:28 PM 0 comments
Labels: buat semua

Koleksi Al-Quran

1) Syaamil Al-Quran The Miracle 15 in 1
Terbitan: PT Sygma Examedia Arkanleema (Bahasa Indonesia)
Harga: RM180.00

2) Al-Quran Terjemahan Zip
Terbitan: Darul Iman
Harga: RM35.00

3) Al-Quran Terjemahan Diari
Terbitan: Darul Iman
Harga: RM45.00

4) Tafsir Qur'an Per Kata (Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul & Terjemah)
Harga: RM100.00

5) Al-Quran Terjemahan Mushaf Al-Masar
Harga: RM60.00

6) Ensiklopedia Al-Quran Yang Menyeluruh (DVD-Rom)
Harga: RM70.00



7) Muqaddam Bergambar
Terbitan: Darul Iman
Harga: RM15.00

8) Siri Amalan Ibu Mengandung - Vol.1 (CD)
Adik Muhammad Al-Hafiz
Harga: 15.90
.

9) Siri Amalan Ibu Mengandung - Vol.2 (CD)
Adik Muhammad Al-Hafiz
Harga: 15.90
.
Posted by Unknown at 8:27 PM 0 comments
Labels: citer2...

Thursday, February 9, 2012

Ujian...ujian..ujian...

assalamualaikum..

hai...dh lame rasenya xpost...

sahabat2 apa kbor?sehat?cmne kje @ stdy?
just nk bercerita sikit...

semalam,08feb2012..
aku pergi ke taman desa jaya,untuk majlis kenduri arwah ibu kakak angkatku..
di dalam perjalanan macam-macam dugaan telah menimpa aku...
mula-mula,waktu di dalam bas...kami terpaksa kne diri selama sejam lebih dengan orang begitu ramai...seperti dalam tin sardin..
selepas itu...aku bergegas untuk g solat...tanpa aku sedari...tibe-tibe...
ting...tang...
aah...
telifon aku....
telah masuk ke dalam lubang jamban....
Ya Allah..handset aku....
tapi aku macam tidak kesah je...
kami cube usahakan tp xdpt jugak...
kami pon teruskan perjalanan....tibe-tibe...teksi...tidak kelihatan...kami terpaksa jalan kaki....selama 2jam lebih...kami mencari rumah....setelah sesat...akhirnya jumpe jugak jalannya.....
tapi Allah itu maha pengasih lagi Maha penyanyang...
waktu hendak pulang ada sorang hamba Allah nie baik sgt...die offer untuk hantar kami pulang ke rumah...

Alhmdulillah...

terima kasih YA ALLAH..
Posted by Unknown at 2:45 AM 0 comments
Labels: citer2...

Monday, February 6, 2012

MARI BELAJAR BAHASA MANDARIN

siri 1 :

http://www.youtube.com/watch?v=6tq2aqAAUmM

siri 2 :

http://www.youtube.com/watch?v=TdY4QcAopW4

siri 3 :

http://www.youtube.com/watch?v=2FMol0Qm-_A

siri 4 :

http://www.youtube.com/watch?v=M1XuvVqL3rY

siri 5 :

http://www.youtube.com/watch?v=uyPSqe76LwM

siri 6 :

http://www.youtube.com/watch?v=Q3NuoOpH1dQ

siri 7 :

http://www.youtube.com/watch?v=3EesdH8Lahc

siri 8 :

http://www.youtube.com/watch?v=ySRWVv-aWoA

siri 9 :

http://www.youtube.com/watch?v=fha-vgG8YOU

siri 10 :

http://www.youtube.com/watch?v=10p2AHD9hmE


nie saje tok ari nie ye,,,
selamat belajar...
daaaa....
Posted by Unknown at 11:25 PM 0 comments
Labels: buat semua

MENGENAL ERTI CINTA YANG SEBENAR.

Selamat datang ke laman iman akhir. laman yang membawa anda kealam cinta yang suci.

“Cinta itu mensucikan akal, menghilangkan kerisauan, memunculkan keberanian, mendorong berpenampilan rapi, membangkitkan selera makan, menjaga akhlak mulia, membangkitkan semangat, mengenakan kewangian, memperhatikan pergaulan yang baik, serta menjaga adab dan kepribadian. Tapi cinta juga merupakan ujian bagi orang-orang yang soleh dan cubaan bagi ahli ibadah,” Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam bukunya Raudah Al-Muhibbin wa Nuzhah Al-Musytaqin memberikan ulasan mengenai pengaruh cinta dalam kehidupan seseorang.

Bila seorang kekasih telah singgah di hati, fikiran akan terpaut pada cahaya wajahnya, jiwa akan menjadi besi dan kekasihnya adalah magnet. Rasanya selalu ingin bertemu walaupun sekadar sekejab. Memandang sekilas bayangan sang kekasih membuat jiwa ini seakan terbang menuju langit ke tujuh dan bertemu dengan jiwanya.

Indahnya cinta terjadi saat seorang kekasih secara samar menatap bayangan orang yang dikasihi. Bayangan indah itu laksana air yang menyirami, menyegarkan, menyuburkan pepohonan taman di jiwa.

Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dia termasuk salah seorang yang dikenali sebagai ahli zuhud. Suatu hari dalam pengembaraannya, pemuda itu melalui sebuah perkampungan yang banyak didiami oleh kaum An-Nakha’. Demi melepaskan penat dan lelah setelah berhari-hari berjalan maka singgahlah dia di kampung tersebut. Di persinggahan si pemuda banyak berkenalan dengan kaum muslimin. Di tengah kekhusyu’annya berkenalan itulah dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik jelita.

Sepasang mata bertemu, seakan saling menyapa, saling bicara. Walau tak ada gerak lidah! Tak ada kata-kata! Mereka berbicara dengan bahasa jiwa. Kerana bahasa jiwa jauh lebih jujur, tulus dan apa adanya. Cinta yang tak terucap jauh lebih berharga dari pada cinta yang hanya ada di hujung lidah. Maka jalinan cintapun tersambung erat dan membahu kuat. Begitulah sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila. Sebagai anak muda, tentu dia berharap cintanya itu tak bertepuk sebelah tangan, namun begitulah ternyata gayung bersambut. Cintanya tidak berada di alam khayal, tapi mejelma menjadi kenyataan.

Benih-benih cinta itu bagai anak panah melesat dari busurnya, pada pertemuan yang tersamar, pertemuan yang berlangsung sangat sekejab, pertemuan yang selalu terhalang oleh hijab. Demikian pula si gadis merasakan hal serupa sejak melihat pemuda itu pada kali yang pertama.

Begitulah cinta, ketika ia bersemi dalam hati… berkembang dalam kata… terurai dalam perbuatan…Ketika hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya. Ketika hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai dengan kepalsuan dan tidak nyata…

Ketika cinta sudah terurai jadi perbuatan, cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhujam dalam hati, batangnya tertegak dalam kata, buahnya terjurai dalam perbuatan. Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam makna cinta direnungi, semakin besar fakta ini ditemui. Cinta hanya kuat ketika ia datang dari peribadi yang kuat, bahwa integriti cinta hanya mungkin lahir dari peribadi yang juga punya integriti. Kerana cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus lihat setiap masa sepanjang bersama....

Begitu pun dengan si pemuda, dia berfikir cintanya harus diselamatkan! Agar ia tidak jadi liar, agar ia selalu ada dalam keabadian. Ada dalam bingkai syari’atnya. Akhirnya diapun mengutus seseorang untuk meminang gadis pujaannya itu. Akan tetapi keinginan tidak selalu seiring dengan takdir Allah. Ternyata gadis tersebut telah ditunangkan dengan saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, pupus sudah harapan si pemuda untuk menyemai cintanya dalam keutuhan syari’at. Gadis yang telah dipinang tidak boleh dipinang lagi. Tidak ada jalan lain. Tidak ada jalan belakang, simpang kiri, atau simpang kanan. Mereka sedar betul bahwa jalinan asmaranya harus diakhiri, kerana kalau tidak, justeru akan merosakkan ’anugerah’ Allah yang terindah ini.

Bayangkan, bila dua kekasih bertemu dan masing-masing silau serta mabuk oleh cahaya yang terpancar daripada orang yang dikasihi, ia akan melupakan harga dirinya, ia akan melepas baju kemanusiaannya dengan melanggar batasan. Dan, sekali bunga dipetik, ia akan layu dan akhirnya mati, dipijak orang kerana sudah tak berguna lagi. Jalan belakang tak ubahnya seperti anak kecil yang merosakkan mainannya sendiri. Penyesallan pasti akan datang kemudian hari, menangispun tak berguna, menyesal tak mengubah keadaan, badan hancur jiwa binasa.

Cinta si gadis cantik dengan pemuda tampan masih menggelora. Mereka seakan menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis berfikir mungkin masih ada ruang untuk ’diikhtiarkan’ maka rancangan disusun dengan segala kemungkinan terpahit. Maka si gadis mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya:

”Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku dan kerana betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau mahu, aku akan datang ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat itu dengan saksama, si pemuda tampan itu pun berpesan kepada hamba pembawa surat wanita pujaan hatinya itu.

“Dua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan siksaan hari yang besar bila aku sampai durhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah hamba kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda tadi.

Tawaran dijawap? Dua orang kekasih? Sungguh sebuah tawaran yang memancarkan harapan, membersitkan kenangan, menerbitkan keberanian. Namun bila cinta dirampas oleh gelora nafsu rendah, keindahannya akan lenyap seketika. Dan berubah menjadi naga yang memuntahkan api dan menghancurkan harga diri kita. Sungguh hairan bila saat ini orang suka menjadi mangsa dari amukan api yang menghilangkan harga dirinya, dari pada merasakan keindahan cintanya.

“Sungguh selama ini aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah swt seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak menyandang gelaran yang mulia kecuali dia, sementara hampir kebanyakan orang berada dalam kemunafikan.” Si gadis berbangga dengan kesolehan kekasih hatinya.

Setelah berkata demikian, gadis itu merasa tidak perlu lagi kehadiran orang lain dalam hidupnya. Pada diri pemuda itu telah ditemui seluruh keutuhan cintanya. Maka jalan terbaik setelah ini adalah mengekalkan diri kepada ’Sang Pemilik Cinta’. Lalu diapun meninggalkan segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya.

Bila kerinduan kepada kekasih telah memuncak, dan dada tak sanggup lagi menahan kehausan untuk bersua, maka saat malam tiba, saat manusia terlelap, saat bumi menjadi lengang, diapun berwuduk. Solatlah dia dikegelapan gelita, lalu menadahkan tangan, memohon bantuan Sang Maha Pencipta agar melalui kekuasaa-Nya yang tak terbatas dan dapat menjangkaui ke semua wilayah yang tak dapat disentuh manusia., menyampaikan segala perasaan hatinya pada kekasih hatinya. Dia berdoa kerana rindu yang sudah tak tertanggung, dia menangis seolah-olah saat itu dia sedang berbicara dengan kekasihnya. Dan ketika tidur kekasihnya hadir dalam mimpinya, berbicara dan menjawab segala keluh-kesah hatinya.

Dan kerinduannya yang mendalam itu menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhirnya Allah memanggil ke ribaNya. Gadis itu wafat dengan membawa serta cintanya yang suci. Yang selalu dijaganya dari belitan nafsu syaithoni. Jasad si gadis boleh terbujur dalam kubur, tapi cinta si pemuda masih tetap hidup subur. Namanya masih disebut dalam doa-doanya yang panjang. Bahkan makamnya tak pernah sepi diziarahi.

Cinta memang indah, bagai pelangi yang mengsyihir kesedaran manusia. Demikian pula, cinta juga sangat perkasa. Ia akan menjadi benteng, yang menghalau segala dorongan yang hendak merosakan keindahan cinta yang bersemayam dalam jiwa. Ia akan menjadi penghubung antara dua anak manusia yang terpisah oleh jarak bahkan oleh dua dimensi yang berbeza.

Pada suatu malam, saat kaki tak lagi dapat menyanggah tubuhnya, saat kedua mata tak kuasa lagi menahan mengantuknya, saat salam mengakhiri qiyamullailnya, saat itulah dia tertidur. Sang pemuda bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan.

“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?” Tanya Pemuda itu di dalam mimpinya itu.

Gadis kekasihnya itu menjawap dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih…

cinta yang terindah adalah mencintaimu,

sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.

Cinta yang indah hingga angin syurga merasa malu

burung syurga menjauh dan malaikat menutup pintu.

Mendengar kata-kata kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:

Aku berada dalam kenikmatan

dalam kehidupan yang tiada mungkin berakhir

berada dalam syurga abadi yang dijaga

oleh para malaikat yang tidak mungkin binasa

yang akan menunggu kedatanganmu,

wahai kekasih…

“Di sana aku bermohon agar engkau selalu mengingatku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!” Pemuda itu pon cuba membalas syair kekasihnya

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, hingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab si gadis kekasihnya itu.

“Bilakah aku dapat melihatmu kembali?” Tanya si pemuda menegaskan

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” Jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, akhirnya Allah mewafatkan dirinya. Allah mempertemukan cinta keduanya di alam baqa, walau tak sempat menghadirkan romantisnya di dunia. Allah mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua menjadi pengantin syurga.

Subhanallaah! Cinta memiliki kekuatan yang luar biasa. Harus lah kalau cinta memerlukan aturan. Tidak lain dan tidak bukan, agar cinta itu tidak berubah menjadi cinta yang membabi buta yang dapat menjerumuskan manusia kepada kehidupan haiwan dan penuh kenistaan. Bila cinta dijaga kesuciannya, manusia akan selamat. Para pasangan yang saling mencintai tidak hanya akan dapat bertemu dengan kekasih yang dapat menghapus kerinduan, tapi juga mendapatkan ketenangan, kasih sayang, cinta, dan keridhaan dari dzat yang menciptakan cinta yaitu Allah SWT. Di negeri yang fana ini atau di negeri yang abadi nanti.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Ar-Ruum : 21).

wallahualam..................iman akhir

Cinta dan Kebencian tidak Bersatu
Allah swt berfirman" Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya" (al-Ahzab33:4)

Imam Ali bin Abi Talib as berkata:Tidak akan berhimpun cinta kami (hubbu-na) dan cinta musuh kami(hubbu 'aduwwi-na) di dalam rongga seseorang. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya" Justeru itu cinta dan kebencian tidak akan bertemu.Adapun pencinta kami (muhibbu-na), maka cintanya bersih sepertilah emas yang dibersihkan dengan api,tanpa sebarang kekotoran padanya..Lantaran itu sesiapa yang ingin mengetahui cinta kami, maka hendaklah dia memeriksa hatinya.Jika cintanya kepada kami dikongsi bersama oleh cintanya kepada musuh kami, maka dia bukanlah dari kami,dan kami bukanlah daripadanya.Allah adalah musuh mereka, Jibrail , Mika'il dan Allah adalah musuh bagi mereka yang ingkar" ( Bihar al-Anwar,27, hlm.51, hadis no.1)

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.........

jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Posted by Unknown at 11:24 PM 0 comments
Labels: cinta..(V)
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod